Muat Naik Gambar Teman Lelaki, Kilafairy Dikatakan Bercinta Dengan Kawan Sekolah

Pelakon Kilafairy memberi gambaran bahawa dia kini sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang jejaka yang juga merupakan rakan yang dikenalinya sejak di zaman persekolahan.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan, 27, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik bersama seorang lelaki di Instagram miliknya. Lelaki dengan imej berjambang itu dikenali sebagai Sa’aid Aiman Hazley.

“Dia masih lagi memandang saya sama seperti ketika zaman sekolah dulu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

He still looks at me the same way he did back in high school 🙈♥️

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Status itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikut termasuk rakan artis.

Okay gila comel…

Omg high school sweethearts..

Sama cantik sama padan…

Dalam pada itu, Kila turut meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dirinya. Terdahulu, dalam satu entri, pelakon filem Karak itu juga dilihat pernah menyifatkan Sa’aid sebagai lelaki idamannya.

“Selamat ulang tahun kelahiran buat lelaki idamanku. Ku kirimkan selautan kasih sayang pada hari istimewamu sayangku,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happiest birthday to the man of my dreams. Sending you ocean of love on your special day mi love ♥️

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Sebelum ini, pada Julai lalu, dalam satu temu bual bersama media, Kila mendakwa dirinya lebih selesa menjalani kehidupan solo. Anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Indonesia, Hardy Hartono.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Muat Naik Gambar Teman Lelaki, Kilafairy Dikatakan Bercinta Dengan Kawan Sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*