Drama Band ‘Sind1r’ Aliff Syukri dengan Baby Shima? – “Kalau Ada Yang Terasa, Kami Minta Maaf”

NAMA kumpulan Drama Band kembali menjadi perbualan netizen apabila kali ini mereka dikatakan meny1ndir usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi Baby Shima dalam video muzik (MV) terbaharu Satu-Satu. Menurut vokalis kumpulan tersebut iaitu Aepul Roza, segala perjalanan cerita dan watak yang diwujudkan dalam MV tersebut hanyalah rek4an semata-mata dan tiada kaitan dengan sesiapa.

“Betul ke ada kaitan dengan mereka berdua? Rasanya tak… sebab cerita dalam MV itu hanya rek4an semata-mata. Tapi kalau ada sesiapa ter4sa, terpulanglah!

“Mungkin kita terlepas pandang sampai ia dikaitkan dengan orang lain pula. Apa-apa pun kalau ada yang ter4sa, kami minta maaflah!,” katanya 

MV mengisahkan mengenai sikap segelintir individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar populariti dan harta dimuat naik di laman Youtube pada Isnin lalu.

Beberapa babak di dalam MV itu didakwa menyindir Aliff Syukri.

Bagaimanapun, ada penonton berpendapat perjalanan cerita dalam MV tersebut seakan-akan meny1ndir Aliff Syukri dan Baby Shima.

“Macam kisah Datuk Aliff Syukri dengan Baby Shima je ni. Kita tunggu dan lihat dia orang balas tak?

“Baguslah Drama band ni buat lagu fasal zaman sekarang, zaman orang ket4gih populariti demi duit poket masing-masing.

Ahli kumpulan Drama Band.

“Macam perl1 seorang Datuk tu je… sama dengan golongan yang tak kisah 4ibkan diri sendiri, buat salah tapi anggap semua tu sekadar benda biasa yang tak perlu dipersoalkan. Masyarakat sekarang patutnya ubah pemikiran yang singkat ni,” komen penonton.

Dalam pada itu, Aepul men4fikan d4kwaan kononnya mereka sengaja mencipta kontr0versi dengan mengaitkan jutawan berkenaan sebagai gim1k untuk mempromosikan lagu tersebut. Menurut Aepul, banyak mesej tersirat dalam MV berkenaan yang boleh dijadikan pengajaran.

Hubungan Aliff Syukri dan Baby Shima dingin sehingga tercetusnya pergadvhan pada Ogos lalu.

“Nak kata g1mik… tidaklah! Kita dah pernah beritahu setiap lagu yang dihasilkan ada mesej mengenai isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.

“Kita harap penonton dapat mengambil iktibar dan menerima mesej yang disampaikan dengan baik, tambahan pula sekarang ini zaman media sosial, macam-macam benda boleh berlaku,” katanya.

Satu-Satu merupakan lagu ciptaan sepenuhnya Drama Band dan muzik diiringi AG Coco. Sebelum ini, Drama Band didakwa membuat sind1ran dalam MV lagu mereka mengaitkan kontr0versi beberapa artis antaranya Haneesya Hanee, Haqiem Rusli dan Aliff Aziz.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Drama Band ‘Sind1r’ Aliff Syukri dengan Baby Shima? – “Kalau Ada Yang Terasa, Kami Minta Maaf”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*