“Apabila Tok Ti Cuba Nyanyi Lagu Wann,” Ramai Yang Suka

Menerusi laman media Twitter, seorang individu ada berkongsi satu rakaman video yang merakamkan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti mendendangkan lagu.

Menariknya, rakaman video tersebut menyaksikan penyanyi lagu Anta Permana itu menyanyikan lagu Lamunan Hati nyanyian asal Wann. Malah, individu tersebut memuji nyanyian lunak Tok Ti.

“Aku suka lahhh bile tok ti @CTNurhaliza11 bawak lagu #wan #gegarvaganza2019,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat turut memberi pelbagai reaksi apabila menonton rakaman video tersebut.

Sekadar informasi, Wann antara salah seorang peserta yang telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir program realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6). Pentas separuh akhir bakal berlangsung pada jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD, Ahad depan.

All the best buat peserta yang masih dalam saingan!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Video: Twitter Sh4fi9 / Note Untuk Awak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Apabila Tok Ti Cuba Nyanyi Lagu Wann,” Ramai Yang Suka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*