Ruang Parkir Yang Kosong Pada Waktu Malam Dijadikan ‘Asrama’ Buat Gel4ndangan… Inisiatif Yang Baik

Masalah geland4ngan berlaku di mana-mana sahaja seluruh dunia. Majoriti masyarakat akan berasa simpati melihat keadaan geland4ngan yang merayau dan meng3mis di lorong-lorong. Malah, pihak kerajaan dan juga beberapa individu persendirian telah mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah lambakan geland4ngan daripada terus berleluasa.

Di Malaysia, kewujudan geland4ngan dianggap sebagai satu isu yang serius selain menyebabkan g4ngguan kepada rakyat serta menjejaskan tahap kebersihan dan imej negara. Justeru, kerajaan telah membangunkan Pusat Transit Gel4ndangan Kuala Lumpur bagi membantu golongan ini memperbaiki kehidupan mereka.

Itu kisahnya di negara kita, tetapi di Australia pula, satu usaha untuk mengelakkan geland4ngan tidur di tepi-tepi jalan raya selain kesejukan pada waktu malam adalah dengan menyediakan tempat tidur khas di kawasan parkir kereta!

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak pusat membeli-belah di seluruh Australia yang turut menyediakan kemudahan parkir kereta. Namun menjelang malam, ruang ini menjadi kosong kerana tidak digunakan. Oleh demikian, dengan kerjasama pihak pengurusan, satu badan kebajikan telah mewujudkan program Beddown bagi menyediakan kawasan tidur yang selesa dan selamat khusus untuk golongan ini…

Pengasas program berkenaan iaitu Norman McGilivray mula memikirkan untuk merealisasikan idea ini apabila dia melalui satu kawasan lot parkir yang kosong pada waktu malam. Pada pemikirannya, mengapa tidak digunakan ruang yang kosong itu untuk menempatkan geland4ngan pada waktu malam?

Justeru, selepas meneliti rancangannya, cita-cita dan idea Norman akhirnya tercapai! Selain menyediakan katil dan selimut, program ini turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti tandas, ubat-ubatan, dandanan rambut, pakaian baharu dan bermacam-macam lagi!

Program ini turut dijayakan dengan sekumpulan sukarelawan yang akan datang setiap malam untuk menyediakan ruang tidur sekali gus memastikan golongan geland4ngan mempunyai tempat berlindung di kala malam. Bagaimanapun, kemudahan yang disediakan adalah terhad kepada 41 individu sahaja.

Rata-rata geland4ngan yang pernah menggunakan kemudahan Beddown ini menunjukkan rasa puas hati terhadap perkhidmatan yang disediakan. Ada yang menyatakan bahawa mereka mengalami waktu tidur yang berkualiti dan katil yang selesa. Semoga usaha murni ini dapat memudahkan kehidupan golongan geland4ngan di kota raya sekali gus membolehkan mereka memperbaiki semula kehidupan dengan lebih baik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : EB Online via KhalifahMedia

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ruang Parkir Yang Kosong Pada Waktu Malam Dijadikan ‘Asrama’ Buat Gel4ndangan… Inisiatif Yang Baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*