“Bayarlah Walaupun Ansuran, Jangan Berdiam Diri…” – Lisdawati Mahu Individu Selesaikan Hut4ng

Pelakon, Lisdawati, buntu apabila individu yang berhvtang dengannya sejak dua tahun lalu kembali mendiamkan diri walaupun ahli keluarga wanita terbabit memberi jaminan mahu melangsaikannya.

Katanya, ibu kepada wanita terbabit tampil menghubunginya, sekitar Julai lalu, selepas isu hvtang lapvk itu didedahkan di media sosial, namun terus tiada khabar hingga ke hari ini.

“Saya enggan bising mengenai hal ini, tetapi apabila media bertanyakan perkembangan susulan, saya perlu maklumkan perkara sebenar kerana pada masa sama saya tidak mahu ada m4ngsa lain yang terkena per4ngkap sama.

“Sudah beberapa bulan tiada sebarang perkembangan (daripadanya) sedangkan ibunya sendiri menghubungi saya dan berjanji melangsaikan hut4ng berkenaan, walaupun mengakui tidak dapat melunaskan jumlah dipinjam sekali gus.

“Saya masih ada perikemanusiaan dan tak kisah dia bayar secara ansuran, asalkan tidak lagi berdiam diri seribu bahasa. Apatah lagi kami mengambil masa lama untuk mencarinya selama ini. Ingatkan, perkara ini dapat diselesaikan, namun sudahnya apa yang berlaku sekarang bagai mengulangi episod lama,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu hut4ng pernah dikongsinya, sebelum ini.

Pada pertengahan Jun lalu, pemilik nama sebenar Nisdawati Nazaruddin, 41, itu memuat naik foto seorang wanita berserta kad pengenalan individu yang dikatakan berhut4ng dengannya di Instagram. Menerusi perkongsian terbabit, Lisdawati turut meminta bantuan pengikutnya di laman sosial membantu mengesan wanita berkenaan untuk berbincang secara baik selepas dia dikatakan menghilangkan diri.

Ulasnya lagi, dia bukan mahu mendes4k, sebaliknya berharap individu dimaksudkan memahami keadaan keluarga besarnya yang memerlukan wang berkenaan untuk persekolahan anak-anak.

“Orang tak tahu saya buka bisnes menjual baju untuk menambah pendapatan. Bukan senang cari duit ketika itu, tawaran berlakon kurang dan saya kena fikirkan sesuatu untuk membantu suami.

“Mengangkat besi dan memasang palang untuk gerai jualan kami sudah menjadi rutin. Semua itu dilakukan demi kelangsungan hidup. Namun, saya paling sed1h apabila hut4ng dijanjikan tidak berbayar, dengan menyepi begitu sahaja.

“Kami ada lapan anak dan hanya yang sulung sudah bekerja. Bermakna, ada tujuh lagi yang memerlukan perbelanjaan persekolahan, lebih-lebih lagi untuk persediaan awal tahun nanti,” katanya.

Begitupun, isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu bersyukur kerana pada usia 40 tahun, tawaran berlakon kembali diterima olehnya, selepas hampir lima tahun kurang aktif di lokasi.

“Alhamdulillah, saya kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri 15 episod berjudul Camelia bersama Datin Diana Danielle yang dijadualkan menemui penonton menerusi slot Samarinda TV3.

“Sebelum ini, saya dipanggil untuk projek drama Cembvru Seorang Perempuan. Pada usia ini, saya tak kisah memegang watak ibu atau wanita berusia sebab realitinya, ramai emak kepada anak berusia awal 20-an dalam lingkungan usia saya.

“Memang saya berharap dapat lebih aktif berlakon pada 2020 kerana anak bongsu pun sudah berusia hampir dua tahun. Semua ini rezeki anak kami,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : BHOnline

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Bayarlah Walaupun Ansuran, Jangan Berdiam Diri…” – Lisdawati Mahu Individu Selesaikan Hut4ng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*