(Video) Datuk Jamal Abdillah Dan Isteri Sambut Hari Jadi Osama Dan Aqiqah Nur Azura Yamani

Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah dan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin meraikan majlis aqiqah anak mereka, Nur Azura Yamani.

Kelahiran Nur Azura Yamani pada pukul disambut seniman ternama, Datuk Jamal Abdillah dengan penuh rasa syukur.

Tiada apa yang menggembirakannya selain daripada Nur Azura Yamani yang dilahirkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin dengan cukup sifat serta sihat.

Sebaik Nur Azura Yamani melihat dunia, Jamal mendedahkan, beliau mengazankan anaknya itu dengan nada suara paling indah dan terbaik.

“Saya mahu Nur Azura buat kali pertama mendengar kalimah yang paling indah dalam hidupnya. Saya azankan ke telinganya dengan suara dan lagu terbaik,” kata Jamal berkongsi cerita dengan Astro AWANI ketika dihubungi.

Nur Azura Yamani selamat dilahirkan isteri Jamal, Datin Zai Izzati Khiruddin pada pukul 5.35 petang di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.

Cahaya mata perempuan tunggal buat penyanyi yang masyhur dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu disifatkan beliau anugerah yang terlalu indah buatnya yang sudah mencecah usia 60 tahun.

 

“Saya terlalu gembira sehinggakan seperti mahu melompat selepas isteri selamat melahirkan Nur Azura, namun menyedari saya berada di hospital, hasrat untuk melompat terbantut,” katanya menyambung perbualan dalam nada girang.

Dalam perbualan itu, Jamal teruja bercerita, Zai Izzati melahirkan permata hati mereka yang putih melepak, comel serta mempunyai iras wajahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hahaa Tngok tu Azura.. dok tngok je baba dia nyanyi kt dia heheh NUR AZURA YAMANI #osamayamani #bungaseroja

A post shared by (O.Y) DATO JAMAL ABDILLAH SON (@osamayamani_) on

Nur Azura Yamani dilahirkan dengan berat 2.7 kilogram.

Menurut Jamal, Nur Azura Yamani hadir membawa kegembiraan yang berganda buat beliau dan isteri.

 

FOTO AZIAH AZMEE

“Saya amat bersyukur pada Allah kerana menghadirkan Nur Azura Yamni. Saya dan isteri sepakat untuk memastikan anak kami dibesarkan dengan kasih sayang serta dibekalkan dengan ilmu dunia dan akhirat,” kata Jamal lagi.

Penghibur tersohor negara itu juga berkata, hasrat beliau dan isteri ialah Nur Azura Yamani apabila besar kelak akan menjadi seorang anak yang membanggakan ibu dan ayahnya.

“Saya dan isteri mahu melihat Nur Azura Yamani menjadi seorang peguam apabila dia besar kelak. Kami mahu dia belajar di tadika Mandarin dan dihantar ke sekolah antarabangsa. Itu perancangan saya dan isteri,” cerita Jamal mengenai perancangan beliau dan isteri pada Nur Azura Yamani.

Memandangkan nama Azura menjadi pilihan penyanyi itu dan isteri sempena nama karakter dalam filem popular lakonannya, maka Jamal mendedahkan yang dia turut menyanyikan dua baris lirik lagu Azura pada puterinya itu.

“Khas untuk Azura, saya nyanyikan dia dua baris lirik lagu itu,” kata Jamal sambal tersenyum penuh makna.

Nur Azura Yamani merupakan anak ketiga buat Jamal. Sebelum ini, beliau dikurniakan dua anak lelaki, Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13, hasil perkahwinan terdahulu.

Video :

sumber: astro awani via metro online/diarivvip

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "(Video) Datuk Jamal Abdillah Dan Isteri Sambut Hari Jadi Osama Dan Aqiqah Nur Azura Yamani"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*