“Tidur Kena Ada Bantal Busvk,” Nampak Gan4s Dalam Filem Wira, Tapi Hairul Azreen Dedah Sikap Sebenar Fify Azmi

Gandingan pelakon Hairul Azreen dan Fify Azmi apabila membintangi dalam filem Wira kian mendapat perhatian.

Pelbagai aksi lasak diketengahkan mereka tapi jangan tak tahu, Fify rupanya seorang yang manja dan tak boleh lekang dengan bantal busvknya!

Perkara itu didedahkan Hairul perihal sikap sebenar finalis Dewi Remaja 2015 itu ketika berada di set lakonan filem Wira.

Hero filem Wira itu memaklumkan, Fify dia memiliki ‘bantal busuk’ walaupun sudah berusia 29 tahun.

“Si @fifyazmi ni pukul orang sana sini dalam filem @wira_2019 tapi tidur kena ada bantal bvsuk. haha, btw kesian sy tgok budak ni, first time belakon!

“Tak berapa faham keadaan masa Shoting lepas tu , bila ada masa walaupun 5m dia mesti hilang, kalau jumpa mesti dia tgh tido sebab kepen4tan.

“Walaupun dia tak larat tapi abg bangga dgn lakonan kau fighting kau dlm filem ni,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian sama turut dikongsikan menerusi IG Stories.

Selain itu, peminat turut memberi pelbagai reaksi apabila melihat perkongsian Hairul.

Filem aksi hebat ini dilakonkan oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Zizan Razak dan telah ditayangkan di pawagam bermula 21 November lalu.

Terdahulu, filem yang men4ruhkan 4ksi mempertahankan diri ini turut dibintangi Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan dan ramai lagi.

Pada masa sama, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, sementara pengarah popular, Dain Said tampil melakonkan watak ant4g0nis.

Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw serta Primeworks Studios dan telah ditayangkan di pawagam sejak 21 November lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rindu pulak shooting Wira ni Hahahahah

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MH via KLPRESS

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Tidur Kena Ada Bantal Busvk,” Nampak Gan4s Dalam Filem Wira, Tapi Hairul Azreen Dedah Sikap Sebenar Fify Azmi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*