Lukis Potret Permaisuri Secara Terbalik, Pemuda Autistik Raih Pujian

Seorang pemuda autistik berjaya meraih pujian Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta orang ramai apabila beliau berjaya melukis potret baginda secara terbalik.

Memetik kata-kata seorang aktivis kesedaran autlsme, anak-anak autistik ibarat botol dengan bentuk penutup yang unik. Proses mengenalpasti potensi dan bakat mereka ibarat mencari penutup unik yang bersesuaian dengannya.

Mereka bukan kurang, tetapi mempunyai kelainan tersendiri dari segi keupayaan. Sebagai contoh, Stephen Wiltshire, pelukis artistik yang mempunyai memori fotografik ini. Beliau mampu melukis bandar New York secara terperinci hanya setelah menaiki helikopter selama 20 minit.

Bakat seni yang serupa boleh dilihat dalam diri seorang pemuda autistik dari Kedah yang melukis wajah potret Raja Permaisuri Agong secara terbalik seperti dikongsikan baginda di media sosial miliknya semalam.

“Pemuda ini dari Kedah dan autistik tetapi Allah SWT rahmatinya dengan bakat artistik. Dia melakar saya secara terbalik!”

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Keunikan cara pemuda itu melukis potret baginda menyebabkan ramai netizen teruja dan terkesima melihatnya. Rata-rata memuji bakat beliau yang unik.

“MasyaAllah. Setiap kekurangan pasti ada kelebihan. Semoga pelukis ini dimurahkan rezeki.”

Macam fotostat, lawa sungguh

“Patutlah Orang Kurang Upaya (OKU) dinamakan semula menjadi Orang Kelainan Upaya. Mereka mempunyai sesuatu yang hebat yang membezakan diri mereka dari orang yang normal.”

“Ramai rakyat Tuanku yang berbakat. Tuanku harus memperjuangkan bakat muda yang belum diterokai ini dan menyatukannya bersama-sama. Mungkin pemuda ini boleh melakukan lebih dari melukis secara terbalik. Wallahua’lam.”

Sementara itu, seorang guru turut berkongsi video anak muridnya yang mengalami autlsme berusia 6 tahun yang mampu melukis dengan baik.

“Tuanku, ini anak istimewa di kelas saya. Autlsme juga. 6 tahun. Sangat bijak dan obses dengan benda-benda bertayar ni. Dia boleh penuhkan satu papan putih tu dengan lukisan dia. Setiap anak-anak autlsme ini sangat berbakat. Rasa sedih bila tahun depan dia dah naik darjah satu di sekolah lain.”

anak autisme melukis di papan putih

Ini antara hasilnya. Melukis tanpa memadam apa-apa pun dan tanpa guna pembaris. Kagum sangat dengan anak seorang ni.

lukisan kanak-kanak autisme tanpa menggunakan pembaris dan pemadam

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1198992772155375616

Sumber: Che Minah Sayang via Siakap Keli

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Lukis Potret Permaisuri Secara Terbalik, Pemuda Autistik Raih Pujian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*