“Lebih Baik Menjaja Je” – Tony Eusoff Dapat Tawaran RM500 Berlakon Drama?

Pelakon Tony Eusoff meluahkan rasa kesaI terhadap tindakan produksi sebuah drama yang menawarkan harga tidak masuk akal kepadanya.

Tony turut mendedahkan paparan skrin perbualan  bersama wakil produksi drama yang mahukannya berlakon sebanyak 11 babak dalam masa dua hari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My number one fan #tomatthecat

A post shared by Tony Eusoff (@tonyeusoff) on

“Dah nak 2020 dah tapi bajet drama televisyen masih puaka,” luahnya pada kapsyen foto terbabit.

Dalam perbualan tersebut, Tony meluahkan rasa tidak puas hati ditawarkan bajet sedemikian.

“Itu bajet zaman Sultan Melaka ke apa. Kalau macam tu sila cuba tempat lainlah. Rendah daripada itu baik menjaja je,” tulis Tony.

Biarpun tidak mendedahkan jumlah sebenar tawaran berlakon drama itu namun ada yang meneka bajet yang ditawarkan sekitar RM500 untuk dua hari.

Perkongsian itu turut menarik perhatian peminatnya yang berasa tersinggung dengan nilai yang ditawarkan kepada pelakon filem Sepi itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nak try pakai spec pulak utk watak kali ni. Amacam? Ada macam orang yg berkerjaya tak? Hahaha ✌🏽😂 #onset #telemovie #actorslife #tonyeusoff #tonyeusoffatwork #productionlife🎬🎥

A post shared by Tony Eusoff (@tonyeusoff) on

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Lebih Baik Menjaja Je” – Tony Eusoff Dapat Tawaran RM500 Berlakon Drama?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*