“Layan Ameena Lebih Dari Anak Sendiri ? ” Datin Shahida Luah Geeram Gara-Gara Video Ini

Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida meluahkan rasa geram di InstaStory miliknya apabila ada yang mempersoalkan tentang layanan mereka sekeluarga terhadap Ameena.

Ameena yang merupakan anak angkat pasangan jutawan itu seringkali mendapat perhatian ramai dan merupakan ‘target’ netizen bagi ‘menghentam’ keluarga terlajak laris itu.

Baru-baru ini, mereka telah mengadakan sambutan hari lahir bagi ketiga-tiga anak mereka iaitu Cess, Baem dan Ameena.

Kalau ikut kan mmg malas nak buat Hari Jadi budak bertiga ni…tapi sebab qadejah dan baem hari2 dok kira berapa lagi hari jadi dia…saya buatlah sekalikan bertiga,sorang september,sorang november dan sorang disember😅….buat pun last minute je..buat kecik2 je panggil family dan sahabat dekat2…

Abaikan kan lah gelang qadejah tu..pak dia beli kat anak kesayangan dia @aliffsyukriterlajaklaris …mama pun x de gelang besar tu🤣

Apa yang menarik perhatian netizen ialah apabila dalam salah satu video yang dikongsi oleh Shahida di InstaStorynya menunjukkan suaminya, Aliff hanya memberikan hadiah kepada Ammar, Baem dan Cess tetapi tidak kepada Ameena.

Geram dipersoal oleh netizen, Shahida dengan pantas menjelaskan yang Ameena masih lagi kecil jika dibandingkan dengan ketiga-tiga anaknya yang baru merasa menerima hadiah bersempena hari lahir apabila umur mencecah 8 tahun.

Video:

 

“Ada pula komen-komen jahat kenapa Ameena tak dapat?”

“Dia tu umur 2 tahun.. anak-anak saya yang lain dah umur 8-9 tahun baru merasa parents bagi hadiah.”

Tambah Shahida lagi, sedangkan anak mereka Yusoff juga tidak pernah menerima apa-apa hadiah sempena majlis hari jadinya yang lepas.

Tak tau nak layan macam mana lagi nak bagi netizen puas hati..

Kecewa dengan tuduhan melulu netizen, Shahida mengatakan yang dia tidak tau apa yang dia perlu lakukan bagi membuktikan yang Ameena mendapat layanan sama macam anak-anak kandungnya yang lain.

“Saya tak faham netizen nak saya layan dia macam mana. Layan lebih dari anak sendiri ke nak puaskan hati korang.”

Dia juga sempat memerli netizen untuk memberi perhatian dan lebih kasihankan kanak-kanak Syria berbanding mengambil berat tentang Ameena yang sudah pastinya segala keperluannya mencukupi.

Kat story saya ada video abah dia bagi hadiah dekat Ammar, Baem dan Cess. Ada pula komen-komen jah4t kenapa Ameena tak dapat? Meh saya jawab..

Dia tu umur 2 tahun, anak-anak saya yang lain dah umur 8-9 tahun baru merasa parents bagi hadiah. Event hari jadi Yusoff pun kami tak bagi hadiah, majlis pun ala kadar sebab sekalikan dengan open house raya.

So, saya tak faham netizen nak saya layan dia macam mana. Layan lebih dari anak sendiri ke nak puaskan hati korang.

Kalau kesian apa kata kesian kat kanak-kanak Syria m4ngsa per4ng tak cukup makan pakai. Korang kesian kat yang cukup semua buat apa.

Kalau ikutkan memang makcik-makcik bawang ni akan ada sahaja komen tidak puas hati kalau keluar tentang Ameena. Sebab itu Datin tidak mahu lagi buat apa-apa perkongsian mengenai Ameena.

Ada sahaja netizen ini. Semua benda korang tak puas hati kan? Pandai la Dato dengan Datin nak besarkan anak-anak dorang macam mana. Sudah-sudahlah tu!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber :Forum CARI/ klpress/mehbaca

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Layan Ameena Lebih Dari Anak Sendiri ? ” Datin Shahida Luah Geeram Gara-Gara Video Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*