Pekerja terlupa buat bubble tea, gadis merajuk dicop g3dik sampai ada yang nak lemp4ng “Saya jenis manja…”

SEORANG Instafamous dikec4m netizen gara-gara merajuk selepas kakitangan sebuah kafe terkemuka di Melaka terlupa membuat minuman ‘bubble tea’ yang dipesannya.

Menerusi video perkongsian seorang netizen di Twitter, gadis tersebut mend4kwa dia tiada mood selepas terpaksa menunggu setengah jam sebelum bubble tea pesanannya disiapkan.

“Dahlah lambat… setengah jam I tunggu. Macam mana nak ada mood tu balik. Tak nak makan dah… tak de mood dah nak minum,” demikian kata gadis dalam video yang tular itu.

Video tersebut mendapat lebih 14,000 ulang kicau dan 13,000 tanda suka.

Rata-rata netizen meluahkan rasa meIuat melihat reaksi gadis tersebut yang dianggap meng4da.

Video reaksi Farisha yang tular di Twitter mendapat lebih 1 juta tontonan.

“Aku meny4mpah g*** sejenis perempuan gedlk gini,” tulis Puzz.

“Gedlk level 999999%,” tulis Zafran.

Namun gadis yang tular itu, Farisha Iris Asmadi berkata dia tidak ambil hati dengan kec4man netizen.

“Saya OK je… tak ambil hati pun. Bila ada orang kata mereka nak t4mpar, lemp4ng kang, eh gedlk… makan jelah apa masalah kau, saya macam tak apalah.

“Saya tak ada hak nak halang mereka nak cakap apa. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Itu pendapat masing-masing,” katanya kepada mStar.

Saya juga bukan robot, saya pun ada perasaan. Takkanlah saya nak senyum bila ada orang lupa buat pesanan saya. Masing-masing ada hati dan perasaan.

FARISHA IRIS ASMADI

INSTAFAMOUS

Malah gadis berusia 20 tahun itu berkata dia tidak faham kenapa ramai yang s4kit hati dengan reaksinya itu.

“Saya tak faham kenapa benda tu meny4kitkan orang dekat Twitter sebab saya tak menggangu mereka pun. Saya hanya meluahkan apa yang saya rasa.

“Kalau mereka berada di tempat saya mungkin ada yang maki pekerja tu tapi saya bukan jenis baran. Saya jenis manja. Itu karakter saya. Jadi macam tulah respons saya (merajuk),” katanya.

Farisha amat menggemari minuman bubble tea.

Susulan inslden menimpanya pada Rabu lalu, Farisha berharap situasi yang dilaluinya itu tidak berlaku kepada pelanggan lain.

“Saya tahu itu perkara kecil tapi saya harap pekerja terbabit sedar dengan kecuaian dilakukannya. Masa tu memang saya seorang je dalam kafe tu.

“Tak expect mereka boleh lupa. Perkara tu tak sepatutnya berlaku. Layanan mereka memang mengecewakan. Nak buat macam mana kan. Itu yang saya merajuk sikit tu,” kata penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, Melaka itu. 

Sementara itu, Farisha turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang pemuda yang memintanya supaya faham perbezaan manusia dan robot.

“Farisha setuju dengan pendapatnya bahawa dia manusia, bukan robot. Tapi inslden ‘terlupa’ tidak sepatutnya berlaku. Kerja tetap kerja.

“Saya juga bukan robot, saya pun ada perasaan. Takkanlah saya nak senyum bila ada orang lupa buat pesanan saya. Masing-masing ada hati dan perasaan,” katanya.

Farisha mempunyai seramai 458,000 pengikut di Instagram.

Pada masa sama, Farisha berkata dia sudah menjangka video yang dimuatnaiknya di Instagram itu akan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Saya just share dekat IG. Sebenarnya bila post tu dah boleh agak apa akan jadi. Tapi saya tak pasti pula siapa yang share di Twitter.

“Biarlah mungkin warga Twitter suka dapat retweet banyak-banyak. Mungkin bagi mereka video saya tu menarik dan membolehkan mereka meraih banyak retweet dan like,” katanya.

Mengenai individu yang dilihat cuba memujuknya dalam video tersebut, Farisha menjelaskan lelaki itu bukanlah teman lelakinya.

“Tak adalah. Itu classmate saya. Kebetulan kami baru lepas sh0ot untuk assignment dekat bandaraya Melaka satu group.

“Dia sahaja lelaki dalam group saya. Jadi dialah yang pujuk saya untuk minum. Kawan-kawan perempuan lain pun join merajuk sekali sebenarnya,” katanya.

Sumber : mStar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Pekerja terlupa buat bubble tea, gadis merajuk dicop g3dik sampai ada yang nak lemp4ng “Saya jenis manja…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*