Giliran Anggun Pula Buka Mulut Bila Agnez Mo Terus Dikec4m Isu Pengakuannya..

TINDAKAN penyanyi Agnez Monica mengakui dirinya tidak berdar4h Indonesia di sebuah program di Amerika Syarikat terus mengund4ng kec4man netizen.

Rakaman video temubual itu terus menjadi perbualan hangat pengguna laman sosial sehingga menarik perhatian rakan artis, Anggun Cipta Sasmi.

Menerusi laman Twitter, Anggun menulis status seolah-olah menujukan mesej tersebut kepada netizen berikutan kritiikan yang dilemparkan kepada Agnez Monica.

“Jangan mengaku orang Indonesia… helo itu orang Perancis! Orang cakap: Malu sama negara ya sampai cakap tak punya dar4h Indonesia sama sekali.

“Jadi yang penting itu apa? Dar4h Indonesia atau pasport Indonesia?

“Yang paling penting adalah belajar untuk tidak menghakimi orang. Itulah masalahnya!” tulis Anggun di laman tersebut.

Status ditulis Anggun di Twitter menarik perhatian pengikut.

Pada Selalu lalu, Agnez yang sedang membina nama di Amerika Syarikat dikec4m kerana menyebut tidak memiliki dar4h Indonesia.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Matahariku ini menjelaskan ada pihak yang sengaja menyunting dan menyebarkan rakaman pendek video tersebut sehingga membuatkan penonton salah faham.

Dia turut bersedih kerana selama ini membawa nama Indonesia di peringkat antarabangsa dan mengakui sentiasa bangga dengan negara tersebut.

Untuk rekod, Anggun menukar kerakyatan menjadi warga Perancis sejak beberapa tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Mstar

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Giliran Anggun Pula Buka Mulut Bila Agnez Mo Terus Dikec4m Isu Pengakuannya.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*