Neelofa Bakal Kahwin 2020 ? Saya Janji Tak Akan Sorok Pasal Jodoh – Neelofa

Usahawan dan hos, Neelofa men4fikan khabar angin yang mend4kwa dirinya bakal bertunang atau menamatkan zaman bujang tahun depan sebagaimana yang dikatakan sesetengah pihak.

Neelofa,30, berkata, tiada sebarang perbincangan dilakukan membabitkan ahli keluarga mengenai perkara terbabit.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

THE SHOW Time flies when you’re having a good time @meletop #7years #lofaatwork #lofatalks #shehosts

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

“Sejujurnya tiada apa-apa perbincangan membabitkan ahli keluarga mengenai ke arah itu. Cuma apa yang boleh saya kongsikan, adik dan sepupu saya ada yang bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.

“Buat masa sekarang saya dalam perancangan untuk mengembangkan kerjaya seni di Indonesia sekali gus ia menyangkal g0sip yang timbul,” katanya.

Pengacara program MeleTop itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi kasut kolaborasi bersama jenama antarabangsa Giuseppe Zanotti di Pavilion, pada Khamis.

Menurut Neelofa lagi, g0sip terbabit timbul kemungkinan disebabkan usianya yang kini mencecah 30-an.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Treat yourself and add some sparkle to your life with these dazzling accessories @swarovski #swarovski #sparkdelight #fosmy

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

“Mungkin sebab umur saya sudah 30 tahun menyebabkan ramai yang membuat spekuIasi.

“Tiada sebab untuk saya berahsia mengenai kehidupan peribadi. Kalau ada seseorang, saya akan kongsikan.

“Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok. Andai saya akan melangkah ke fasa baru saya akan kongsikan kepada umum,” katanya lagi.

Sementara itu, ditanya mengenai kolaborasi dengan jenama kasut antarabangsa berkenaan, Neelofa yang menjadi antara selebriti terawal Asia yang tampil dengan kerjasama eksklusif itu meluahkan rasa syukur.

“Saya bersyukur dan teruja atas peluang serta rezeki ini. Ini adalah hadiah bermakna dalam hidup saya kerana saya adalah peminat jenama kasut berkenaan.

“Malah saya sendiri sudah lama menggunakannya. Tak sangka peluang ini datang daripada pemilik jenama ini baru-baru ini ketika terokai beberapa projek di luar negara,” akhiri Neelofa.

Sumber : Media Hiburan

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Neelofa Bakal Kahwin 2020 ? Saya Janji Tak Akan Sorok Pasal Jodoh – Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*