Dua beradik tak jadi nikah malam ni…

“JIKA diikutkan, malam ini majlis akad nikah kami dua beradik di Masjid Kampung Bukit Payong, Jertih tetapi terpaksa ditangguhkan kerana bakal pengantin lelaki terk4ndas dalam b4njir,” kata Siti Rokiah Ismail.

Siti Rokiah, 27, baru pulang ke kampungnya dari Puchong, Selangor, kelmarin untuk melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangan, Jun Endri Salwadi, 27, berasal dari Muadzam Shah, Pahang.

“Kami sudah rancang majlis kenduri sejak awal tahun lagi dan tidak sangka tahun ini b4njir besar pula selepas dua tahun kampung kami tidak dinaiki air.

“Rombongan pengantin lelaki baru bertolak hari ini dari Pahang sepatutnya bermalam di inap desa Kampung Darau, tetapi terk4ndas di Kampung Gong Duek,” katanya yang ditemui di rumah keluarganya di Kampung Bukit Payong, Jertih, hari ini.

 

Siti yang juga anak kesembilan daripada 13 beradik berkata, kemungkinan akad nikah akan ditangguhkan sehingga b4njir pulih.

Sementara itu, adiknya, Nurul Jannah Ismail, 25, berkata dia pulang seminggu awal dari Shah Alam, Selangor untuk melakukan persiapan perkahwinan bersama pasangan, Muhamad Faizal Nawang, 25, seorang jurutera dari Kampung Panchor, Besut.

“Segala persiapan kenduri sudah siap sepenuhnya, tetapi rombongan bakal pengantin lelaki tidak boleh datang ke sini kerana laluan terpvtus dan hanya boleh dilalui menggunakan bot.

“Perasaan saya bercampur baur kerana kami baru kematian ibu, Siti Asahah Mohamed, 60, akibat sakit jantung pada 23 Oktober lalu dan kini majlis kahwin pula tertangguh disebabkan b4njir,” katanya yang bekerja di syarikat swasta.

Bapa pengantin, Ismail Mahmood, 63, berkata jemputan majlis kenduri dilakukan sejak tiga minggu lalu dan majlis sepatutnya dijadualkan berlangsung esok.

“Tetapi disebabkan b4njir, majlis ditangguhkan dahulu dan jemputan memahami kami tidak dapat melangsungkan kenduri kerana b4njir.

“Kami mungkin mengadakan majlis akad nikah dahulu dalam masa terdekat bergantung pada keadaan b4njir dan kenduri kahwin ditangguhkan ke satu masa lain.

“Jika diikutkan b4njir paling besar di sini berlaku pada 2000 dan kali ini pula kemungkinan b4njir besar berulang kerana hujan tidak berhenti sejak awal pagi,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Dua beradik tak jadi nikah malam ni…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*