Isteri beng4ng kenalan tiada adab, kau panggil gemok “Salah ke berisi, kalau kurus cakap ambil barang pula!”

ISTERI kepada penyanyi Ameng Spring iaitu Sabariah Zakaria meluahkan rasa beng4ng apabila terdapat individu menegur saiz badan suaminya yang dikatakan semakin berisi atau gem0k.

Menurut Sabariah, dia berasa kurang senang menerima mesej daripada individu yang mempersoalkan tentang fizikal Ameng dengan tujuan berkaitan perniagaan produk kurus.

“Sebelum ini ramai juga yang tegur kata Ameng semakin gem0k… cumanya kali ini apabila ada seseorang memulakan perbualan di mesej menegur mengenai saiz badan Ameng, saya rasa ianya sesuatu perkara yang agak sensltlf.

“Dia dan saya tak kenal rapat jadi rasanya ayat yang digunakan agak kurang sopan dan tidak beradab… dia mesej dan tegur mengenai saiz badan itu semata-mata nak suruh Ameng sertai perniagaan untuk kuruskan badan.

“Saya tak menafikan tentang saiz badan Ameng, tapi sikap segelintir orang yang menjadikan saiz badan sebagai topik perbualan seperti tak pandai nak menjaga hati orang lain. Salah ke kalau badan dia berisi, nanti kalau kurus orang cakap ambil barang terlarang pula!,” katanya ketika dihubungi mStar.

Ameng bersama isteri, Sabariah dan anak mereka.

Pada Jumaat, Sabariah menerusi laman Facebook menulis luahan rasa kurang senang apabila orang sekeliling mempersoalkan mengenai saiz fizikal tubuh suaminya yang semakin berisi.

“Teguran sedemikian boleh buat empunya badan tertekan, saya tahu dia dah cuba kawal pemakanan dia tapi tidak terlalu 0bses nak kurus macam zaman muda-muda dulu. 

“Dia pun dah letih dengar orang cakap dia gemuk, dia dah cuba macam-macam sebelum ni sampai satu tahap… ianya memenatkan nak jaga mulut-mulut orang ni dan dia belum lagi sampai tahap nak jumpa d0ktor.

“Lumrahlah, bila kita dah berumur metabolisma kurang, kita akan cepat berisi. Tak apalah suami, siapa pun awak saya tak kisah apa orang nak cakap, cuma itulah kadang-kadang mereka ni kena sound juga!,” tulis Sabariah.

Ameng bersama Siti Nordiana dan Lan Solo.

Selepas menulis status tersebut, Sabariah berkata dia menerima banyak mesej peribadi daripada kenalan yang memohon maaf jika pernah menyentuh mengenai perkara itu.

Tanpa menyimpan dendam di hati, dia memberitahu perkongsiannya di laman sosial itu hanyalah sekadar luahan yang telah lama terpend4m.

Saya bukan mel3nting atau mar4h cuma rasanya perlu tegur semula tindakan mereka itu!

SABARIAH ZAKARIA

Isteri Ameng Spring

“Lepas saya tulis status tu ramai pula mesej minta maaf kalau ada tersalah cakap sebelum ini… saya bukan mel3nting atau marah cuma rasanya perlu tegur tindakan mereka itu.

“Tak salah nak bergurau tapi kena tengok keadaan dan cara memulakan perbualan terlebih dahulu, bukan terus tegur mengenai saiz badan orang.

“Buat masa ini Ameng okay sahaja apa pun orang nak cakap tentang saiz badan dia, tapi sebagai manusia biasa mungkin hatinya ada tergores apabila selalu sangat topik saiz badan jadi perbualan. Bagi saya, dia sihat sudah memadai, Alhamdulillah!,” ujarnya.

 

Sumber : mStar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Isteri beng4ng kenalan tiada adab, kau panggil gemok “Salah ke berisi, kalau kurus cakap ambil barang pula!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*