“Saya Kasihankan Dia” Sepatutnya Sudah Boleh Diselesaikan Dengan Mudah,” – Ini Reaksi Neelofa Atas lsu Libatkan Nabila

Pengacara dan pelakon, Neelofa bersimpati terhadap situasi yang menlmpa kakaknya, Noor Nabila apabila konfIik melibatkan perkahwinannya bersama aktor, Sharnaaz Ahmad masih lagi berlanjutan.

Neelofa,30, bagaimanapun menyifatkan apa yang berlaku terhadap kakaknya itu secara tidak langsung akan menjadikannya lebih matang dan kuat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A touch of dazzle, a dash of gloss, a lot of red #giuseppezanottiforneelofa #ilofashoes

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

“Saya adik dan sebagai rakan serumah kakak, saya rasa proses tersebut sedikit berlanjutan untuk dia. Saya kasihankan dia kerana ia dipanjangkan. Sepatutnya sudah boleh diselesaikan dengan mudah, singkat dan simple.

“Akan tetapi atas sebab-sebab tertentu, ia dipanjang dan dirumitkan. Tetapi saya rasa proses tersebut membuat Nabila lebih matang dan lebih kuat.

“Banyak perkara yang dirinya akan tempuhi dalam masa beberapa bulan sebelum perbicaraan kes itu berlangsung.

“Saya harap dia akan lebih bersedia untuk buat keputusan selepas ini, lebih-lebih lagi jia dia pempertimbangkan untuk berkahwin lagi,” katanya kepada MH.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Majlis Maulid, Tahlil, & Aqiqah @jebatjayden. Semoga majlis malam ini dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat Allah swt.

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Ditanya apakah penerimaan ahli keluarganya yang lain terhadap apa yang berlaku, hos program MeleTop itu menyokong segala apa tindakan yang dilakukan Nabila.

“Kami sekeluarga sangat supportive, dan akan sentiasa berada di sisi Nabila.

“Dia juga tahu akan hal itu dan apa yang boleh saya kongsikan sekarang, ia sangat gembira dan kami semua sayangkan Jebat,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

First professional haircut untuk boss kecik ni… thank you @chezhamdan @chezhairstudio_pro_hair_team … ⭐️⭐️⭐️

A post shared by Noor Nabila (@noornabila) on

Terdahulu, Neelofa ditemui pada majlis pelancaran koleksi kasut kolab0rasi bersama jenama antarabangsa, Giuseppe Zanotti di Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.

Bintang terkenal itu menjadi antara selebriti terawal Asia yang berkolaborasi dengan jenama kasut popular itu.

Terahulu Pada 11 September lalu, Sharnaaz bertukar fikiran dan enggan menceraikan isterinya, Noor Nabila kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu.

Susulan itu, mahkamah telah memerintahkan satu JKP dibentuk bagi tujuan berkenaan. Pasangan itu mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis pada 31 Mac 2017.

Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, Ogos tahun lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Media Hiburan

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Saya Kasihankan Dia” Sepatutnya Sudah Boleh Diselesaikan Dengan Mudah,” – Ini Reaksi Neelofa Atas lsu Libatkan Nabila"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*