“Saya sedia dib0ikot atau dicampak proposal dalam tong samp4h” Sheila Rusly undur diri kecewa dengan industri

SUAMI kepada Sheila Rusly iaitu Jinggo berkata, isterinya mengambil keputusan untuk mengundur diri buat sementara waktu disebabkan rasa kecewa terhadap orang dalam industri.

Menurut Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, Sheila telah meluahkan beberapa perkara yang mendorong wanita itu memend4m perasaan sehingga nekad untuk berehat.

“Pagi ini, sis (Sheila) cakap pada teman (saya), ‘since saya nak mengundurkan diri sementara waktu ini, saya nak cakap apa yang terpend4m dalam hati fasal orang-orang dalam industri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalmualaikum Malaya…Salam subuh Geng Tok Sidang dimane sajer komer berada… . #cerekatoksidang pagi ni pasei Sis cakap pada teman, Babe.. since i nak mengundurkan diri sementara waktu ni…I nak cakap sket apa yang terpendam dalam hati pasei orang orang dalam industri i.. dulu i simpan sebab nak jaga sensitivities nak jaga hati dorang.. sekarang i dah ready nak cakap… kalau i di blacklisted atau di boikot… i dah ready… sebab tu i nak mengundurkan diri sebelum dorang campak proposal i … proposal Js Pictures atau yang ada kena mengena dengan nama SHEILA RUSLY dalam tong sampah… . Sis berpesan lagi pada Tok Sidang..“ Babe…esok bila i dah tak de… tetiba ada orang nak bagi Anugerah pada i, you suruh anak anak amek, ucap terima kasih lepas tu Anugerah bagi balik… kata pada dorang, kalau nak kasi Anugerah pada mama saya, kasi masa dia hidup, kalau dah mati, Anugerah tu dah tak der nilai…Adehhh…. . Hadoiiii mak aiiii .. Kelakor sedih lak hati teman niiiii…

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures) on

Jinggo mendedahkan perkara itu menerusi laman Instagramnya.

“Dulu saya simpan sebab nak jaga sensitiviti dan nak jaga hati mereka. Sekarang saya dah bersedia nak cakap, kalau saya di blackIisted atau dib0ik0t, saya dah bersedia.

“Sebab itu saya nak mengundurkan diri sebelum mereka campak proposal saya. Proposal JS Pictures atau yang ada kena mengena dengan nama Sheila Rusly dalam tong sampah,” tulisnya menerusi Instagram.

Sebelum ini, Sheila Rusly menerusi Instagram memberi bayangan seakan-akan mahu mengundur diri dariapda industri seni.

 

Sis berpesan lagi pada tok sidang, esok bila saya tak ada, tiba-tiba ada orang nak bagi anugerah pada saya, awak suruh anak-anak ambil.

JINGGO

Pengarah dan penerbit

Pengumuman itu dimuat naik selepas Anugerah Skrin 2019 berlangsung menyaksikan drama terbitannya, Pia menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian menerusi aktres Zara Zya dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Nabila Huda) menerusi drama Dia Tak Berd0sa pada 1 November lalu.

Dalam pada itu, Jinggo memberitahu isterinya yang juga penerbit drama itu enggan menerima sebarang anugerah jika diberikan ketika dirinya sudah menlnggal dunla.

Jinggo berkata Sheila turut berpendapat anugerah seperti itu tidak bernilai selepas individu itu tiada lagi dalam industri seni.

“Sis berpesan lagi pada tok sidang, esok bila saya tak ada, tiba-tiba ada orang nak bagi anugerah pada saya, awak suruh anak-anak ambil.

“Ucap terima kasih selepas itu anugerah bagi balik, kata pada mereka, kalau nak beri anugerah pada mama saya, beri masa dia hidup.

“Kalau dah m4ti, anugerah itu dah tak ada nilai. Adehhh… Kelakar sedih pula hati teman ni,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum Malaya.. Barakah Friday di mane saje komer berade… . #cerekatoksidang pagi ni pulak pasei datang dan pergi… . Dah berpuluh singgah di sini…”saya teringin nak carry heavy character dalam heavy drama… teringin gak nak naik pentas sis… . “saya teringin nak berlakon drama siri yang out of the box… teringin gak nak nama kena sebut dalam Top 5 sis… . “saya teringin lah nak keje dengan family Js … nak tau betol ke Keje dengan Js ni rasa macam masuk Maktab Tentera… . Tahniah anak anak seni yang dah naik pentas… . Tahniah anak anak seni yang dah namanya di sebut atas pentas… . Baguslah kalau anak anak seni dah tahu… Lu salah lu kena.. lu tak buat homework…lu jawap.. Lu lambat lu mintak maaf bukan gelak ketawa… . Tahniah anak anak seni sis yang dah segak tegak berdiri… Good luck pada yang dah lupa diri…All the best pada yang dah hilang dalam industri… . Js minta maaf pada semua.. dari kami terus dibenci..elok selepas Remy…Pintu Js dikunci ditutup mati…sehingga terdetik pintu dibuka kembali…Insya Allah satu hari nanti…itu pasti…

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures) on

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalmualaikum Malaya…Great day Geng Tok Sidang dimane sajer komer berada… . #cerekatoksidang pagi ni pasei Tok Sidang lak cerita pasei Anugerah . Trend sekarang… Anugerah kerana popular bukan kerana jasa… . Anugerah bukan kerana karya tapi kerana terpaksa bagi sama rata … . Anugerah bukan kerana bakat luar biasa tapi kerana paras rupa… . Anugerah kerana penaja bukan kerana usaha untuk Industri Drama Filem Negara… . Anugerah kerana banyak hati perlu di jaga bukan kerana Anugerah anak seni yang sepatutnya…. . Anugerah Paling popular untuk Anak Seni adalah Al Fatihah . Video paling Indah sebelum Anugerah adalah Al Fatihah buat insan seni yang telah pergi.. . Anugerah paling baik anak seni bila mati bukan bila hidup setia menabur bakti pada industri… . Anugerah paling Indah anak seni bila dirinya menjadi keldai seni bukan kerana seni dijadikan Keldai… . Kalau Tok Sidang lak kena boikot…kena blacklist lepas ni… Alamatnya Tok Sidang lak lah kena paksa bersara…. . BERSAMBUNG DI YOU TUBE CEREKA TOK SIDANG…

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures) on

 

Sumber : mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Saya sedia dib0ikot atau dicampak proposal dalam tong samp4h” Sheila Rusly undur diri kecewa dengan industri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*