“Bengkung Memang 10 Jam Sehari Pakai Saja, Tidur Pun…,” – Elfira Loy Ded4h Rutin Pantang

Pelakon dan usahawan, Elfira Loy menjelaskan dia kini sedang dalam proses untuk kembali ke bentuk badan ideal selepas melahirkan anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris 1 Oktober lalu.

Elfira atau lebih mesra disapa El mengakui dia turut mengamalkan disiplin pantang bagi mengembalikan bentuk tubuh idaman, sekali gus sebagai persediaan untuk kembali memeriahkan dunia lakonan.

“Saya amalkan pantang cara tradisional dan memang ikut betul-betul setiap rutinnya,” katanya ringkas.

Ditanya apakah rutin yang dilakukan secara spesifik, bintang drama Kum Kum ini memberitahu, dia ada memakai bengkung pada jangka masa lama, malah turut mengenakannya ketika tidur.

”Sekarang sudah pun selesai pantang. Setiap hari rutinnya sama, saya amalkan bertangas, bertunku dan sebagainya. Malah pakai bengkung memang 10 jam sehari tu memang pakai saja, tidur pun pakai.

”Dari segi menu makanan pula saya memang jaga. Tempoh 44 hari itu saya amalkan makanan khas ibu berpantang, sepanjang tempoh berkenaan tiada masalah.

”Kemudian, saya tambah lagi seminggu berpantang. Itu inisiatif sendiri,” jelasnya.

Sementara itu, berat badannya juga sudah pun turut sehingga 17 kilogram berbanding sebelum ini.

“InsyaAllah harapnya tahun hadapan ada peluang untuk saya kembali berlakon meski diakui ia bukanlah satu hal yang mudah.

”Tidaklah ingin fokus secara total, akan tetapi andai ada tawaran bersesuaian memang saya inginkan, insyaAllah,” akui El yang turut mendapat sokongan suami untuk kembali berlakon.

Terdahulu, bintang berusia 25 tahun ini mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Khairol Faris Anuar pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Lobak Merah

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Bengkung Memang 10 Jam Sehari Pakai Saja, Tidur Pun…,” – Elfira Loy Ded4h Rutin Pantang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*