“Pelik juga dua tahun bersama takde pulak yang kac4u” – Hubungan Dig4nggu Orang Ketiga, Hafreez Adam Anggap Itu Dugaan Bertunang

Baru-baru ini pasangan pelakon, Hafreez Adam dan Zara Zya selamat melangsungkan pertunangan mereka selepas dua tahun menjalin cinta.

Jika sebelum ini pasangan itu sering memaparkan kemesraan mereka di laman Instagram, namun selepas bertunang jarang sekali berkongsi aktiviti bersama kepada peminat.

Hmm apa sudah jadi? Jom kita dengar apa komen mereka.

Hafreez, 29 tahun bagaimanapun mengakui kekangan kerja dan kesibukan aktiviti seni mereka menyebabkan menyebabkan mereka jarang berjumpa dan menjalankan aktiviti bersama.

“Selepas bertunang kami baru berjumpa dua kali, tapi kalau ikutkan sebelum bertunang pun jarang jumpa.

“Tipulah kalau tak rindu, cumanya kami kena matang dalam hubungan dan ini bukannya bercinta macam budak sekolah, jadi saya letak dalam kepala bahawa apa yang kita buat ini untuk masa depan kami nanti,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat ulang tahun…sayang ❤️ Terima kasih atas doa2 kalian 🌹

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on

Katanya, disebabkan itu ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap hubungan mereka.

Meskipun begitu, Hafreez menganggap situasi sebegitu adalah ujian dan cabaran selepas bertunang.

“Betul lah kata orang ada dugaan, sebenarnya agak pelik juga sepanjang dua tahun bersama sebelum ini tak ada orang kac4u atau cucvk-cucvk kami, tapi lepas bertunang ni ada bunyi-bunyi pula.

“Sejujurnya sebelum tunang kami tak pernah g4duh, tapi lepas tunang ni ada lain sikit… tapi saya anggap ini semua dugaan, kalau kita terlalu fikirkan tentang hal ini memang akan mengganggu.

“Bagi saya  dalam fasa pertunangan ini komunikasi sangat penting, perjalanan kami dah nak sampai ke penghujung, lainlah kalau sebelum tunang dulu kita mungkin boleh anggap hanya kawan sahaja,” katanya.

Hafreez dan Zara yang berkenalan ketika menjalani penggambaran drama Monalisa pada 2017 sebelum ini pernah merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun lalu bagaimanapun terpaksa ditunda berikutan komitmen kerja.

Mereka seterusnya merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Lobak Merah

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Pelik juga dua tahun bersama takde pulak yang kac4u” – Hubungan Dig4nggu Orang Ketiga, Hafreez Adam Anggap Itu Dugaan Bertunang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*