“Inilah hakikat akhir zaman, jujur macam mana pun tetap disalah erti” – Da’i Farhan kes4l keikhlasan dipandang s1nis, mahu jalani hidup dengan tenang

KISAH rumah tangga juara program Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan yang berkahwin dengan janda anak lapan sebagai isteri kedua menerima pelbagai reaksi masyarakat sejak minggu lalu.

Biarpun menerima kecaman netizen, Farhan, 29, tetap bersyukur kerana masih ada segelintir masyarakat yang menerima penjelasannya secara positif.

 

Farhan bersyukur masih ada segelintir masyarakat yang menonton video pended4hannya secara positif. 

“Syukur Alhamdulillah, ramai warga masyarakat yang sudah menonton. Orang yang melihat dengan positif, pasti dapat yang positif.

“Orang yang lihat dengan sebaliknya, pasti dapat yang sebaliknya. Apa-apa pun, inilah hakikat akhir zaman.

“Kebaikan dan keikhlasan sering dipandang sinis oleh segelintir masyarakat. Ceritalah dengan jujur macam mana pun, tetap disalah ertikan.

“Jadi, tak mengapalah, terus melayari hidup dengan tenang, sabar dan tawakal… Insya-Allah,” tulis Farhan menerusi laman Instagramnya.

Farhan menerima wanita yang ke 19 iaitu seorang j4nda beranak lapan selepas dipelawa 18 orang wanita yang berhasrat menjadi isteri keduanya.

Farhan turut memuat naik paparan skrin temu bual eksklusif dia bersama mStar pada 29 November lalu yang mended4hkan dia dipelawa oleh 18 orang wanita yang berhasrat menjadi isteri keduanya sebelum ini. 

Menerusi video tersebut, Farhan bagaimanapun menjelaskan dia terpaksa menolak kesemua hajat wanita itu atas dasar tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Namun, dia tidak mampu menolak takdir Allah yang menetapkan jodohnya dengan wanita bernama Aireen sebagai isteri keduanya.

Dalam pada itu, pendakwah bebas tersebut masih mengekalkan pendiriannya menutup ruang komen di laman sosialnya.

 

Kebaikan dan keikhlasan sering dipandang sinis oleh segelintir masyarakat. 

DA’I FARHAN

Pendakwah bebas

Sebelum ini, nama Nik Farhan menjadi perbualan h4ngat apabila memuat naik sebuah posting mengenai keikhlasannya berkahwin dengan seorang janda beranak lapan di Makkah.

Kisah itu menimbulkan kem4rah4n ramai netizen selepas seorang kenalan rapat isteri pertamanya yang dikenali sebagai Ches Al-Maliki mended4hkan kononnya perkahwinan kedua itu sebenarnya berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama.

Lebih memer1tkan apabila isteri pertama yang dikenali sebagai Fatin kini sedang sarat h4mil anak kedua dan dijangka bersalin awal Januari depan.

Menepis d4kw4an itu, Farhan menjelaskan tuduhan yang dilemp4rkan itu adalah f1tn4h yang berkemungkinan dengan niat membalas dend4m terhadapanya.

Susulan itu, Farhan turut membuat lap0ran p0lis dan tuntutan s4man terhadap wanita berkenaan selain beberapa individu lain.

Sumber : MstarOnline

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Inilah hakikat akhir zaman, jujur macam mana pun tetap disalah erti” – Da’i Farhan kes4l keikhlasan dipandang s1nis, mahu jalani hidup dengan tenang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*