[FOTO] Teka-teki siapa bakal isteri Eizlan terjawab? Cantiknya!

Semalam kita dikejutkan dengan berita gembira pengumuman Datuk Seri Eizlan Yusof yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis berketurunan Serani pada 12 Disember ini. Namun begitu, pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini enggan mendedahkan wajah bakal isterinya sehingga hari pernikahan mereka. Teka-teki ini menyebabkan kami di Tube Viral cuba membuat carian dari segala sumber yang ada di sosmed.

Mereka akan disatukan sebagai suami isteri pada 12 Disember ini di Bora Ombak, Putrajaya manakala majlis resepsi bakal berlangsung di lokasi yang sama sehari selepas pernikahan.

Dalam pada itu, Eizlan memberitahu Natasha yang bekerja di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur memeluk agama Islam pada Ogos tahun lalu sebelum mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Apa yang kita sedia maklum, calon isteri Eizlan bernama Natasha Rosa Boudville, 29 tahun. Hasil carian kami, terdapat satu padanan yang sama berdasarkan info yang telah diketahui umum. Natasha Rosa Boudville yang dicari adalah bekas peserta model Malaysian Dreamgirl 2008? Natasha yang ketika itu berumur 18 tahun (kini 29 tahun pada 2019). Pada masa itu, Hanis Zalikha juga peserta pada musim yang sama.

Berikut adalah foto-foto Natasha ketika menyertai Malaysian Dreamgirl 2008:

Malaysian Dreamgirl 2008, Natasha (berdiri-kanan), Hanis Zalikha (duduk-depan,kanan).

Foto terbaru Natasha, 2016:

Sumber: Instagram

Apa pun, ini hanyalah gambaran kami semata-mata, berdasarkan padanan info yang telah diketahui umum dengan hasil carian. Nama sama, umur sama, dan raut wajah yang sama. Apa kata anda?

 

Sumber : IGĀ 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[FOTO] Teka-teki siapa bakal isteri Eizlan terjawab? Cantiknya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*