Jangan N4ngis, Uncle belanja- Tak Sangka Ada Lagi Orang Sebaik Ini

Kehidupan sebagai seorang pelajar universiti semestinya memerlukan mereka untuk berjimat-cermat bagi memastikan wang yang ada cukup untuk menampung pembelajaran. Wang bernilai sekecil RM1 pun menjadi sangat berharga buat mereka bahkan mungkin ada yang akan menjadi k4lut dan sedih ketika kehil4ngan wang lebih-lebih ketika sedang sesak.

Perkongsian pengguna Twitter @niniekamarudinn ini pastinya akan mengharukan netizen apabila dia dipertemukan dengan seorang individu yang sangat mulia ketika sedang mengalami masalah wang akibat daripada ins1den yang tidak terduga.

Jumpa orang baik

Memulakan perkongsiannya itu, pelajar tersebut mengimbas semula kata-kata yang diungkapkan dari seorang pemandu perkhidmatan MyCar kepadanya ketika berdepan dengan situasi cem4s.

Bawa duit ikut bajet

Menceritakan tentang situasi itu, Ninie berkata dia telah pergi ke sebuah pasar raya secara berseorangan dengan membawa wang mengikut bajet yang ditetapkan oleh dirinya.

Allah nak uji

Bagaimanapun kekalutan bermula apabila dia kehil4ngan wang sebanyak RM50 di dalam pasar raya tersebut. Menurutnya, wang itu merupakan sumber untuk dirinya bertahan di universiti kerana enggan meminta daripada kedua ibu bapanya.

Namun katanya, dia bernasib baik kerana berjaya mendapatkan bantuan daripada dua rakannya selepas ins1den itu berlaku.

Kenapa muka merah?

Pelajar itu kemudiannya berkata dia menempah perkhidmatan My Car yang berharga RM12.90 untuk kembali ke kampusnya. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, pemandu kereta tersebut yang merupakan seorang Uncle Cina menegur dirinya yang kelihatan seperti baru lepas men4ngis.

Sebaik sahaja ditegur, dia lantas menceritakan kejadian yang baru menimpanya sebelum itu. Tanpa diduga, Uncle tersebut terus memberikan perkhidmatan secara percuma kepada pelajar itu selepas mendengar ceritanya.

Siap bungkuskan makanan

Apa yang lebih mengh4rukan, sebelum sampai ke destinasi, Uncle yang bernama Yew Ah Tat itu sempat singgah di sebuah gerai untuk membungkuskan makanan buat pelajar tersebut.

Masih ramai orang baik di Malaysia

Katanya, perkongsiannya itu bukan untuk menceritakan masalah wang yang dihadapinya, namun untuk menyedarkan orang ramai bahawa masih ramai orang yang mempunyai sifat yang baik di dalam negara ini.

 

Sumber: Twitter niniekamarudinn via OhBulan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Jangan N4ngis, Uncle belanja- Tak Sangka Ada Lagi Orang Sebaik Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*