Tegas Dirinya Dif1tn4h, Tapi Peguam D4kwa Ded4h Bukti Da’i Farhan Memang Betul Ada Di China Dengan Wife Kedua?

Setelah mengesahkan status perkahwinannya dengan isteri pertama yang akhirnya terlerai juga dengan talak satu, nampaknya nama Da’i Farhan tak putus-putus menjadi sebutan netizen dan pasti ada saja berita baru mengenainya.

Terbaru, peguam yang mended4hkan kes penceraian pendakwah ini dengan isteri pertamanya, Asiah Abd Jalil kembali bersuara selepas Da’i Farhan mengeluarkan kenyataannya kononnya dia dif1tn4h dan tidak berada di China pada ketika ini. 

“Saya bertanggungjawab di atas semua fakta yang saya sampaikan” 

Menurut Asiah di laman Facebooknya, dia bertanggungjawab atas segala fakta yang disampaikannya dan sebagai seorang peguam dia juga telah dilatih untuk mengumpul dan mengesahkan bukti sebelum berbuat apa-apa tindakan.

Sumber: Facebook

Lebih mengejutkan, Asiah juga telah mended4hkan gambar Da’i Farhan dan isteri keduanya di Instagram yang mengakui sedang dalam perjalanan ke Guangzhou, China. Alamak terciduk ke? 

Sumber: Facebook

 

“Komuniti lebai saling back up each other” 

Bukan saja itu, peguam ini juga sempat screenshot posting pendakwah PU Rahmat yang dilihat seakan-akan ‘back up’ sahabatnya berhubung isu tersebut.

Sumber: Facebook

Terkilan dengan ‘perlian’ PU Rahmat, Asiah berpendapat ‘golongan’ ini saling menyokong antara satu sama lain walaupun rakan mereka berbuat salah.

Sumber: Facebook

Walau bagaimanapun PU Rahmat telah memadam statusnya terdahulu dan menegaskan yang dia hanya mahu jadi pendamai dan bukannya disamakan dengan Da’i Farhan.

Sumber: Facebook

Apa-apapun marilah kita doakan semoga semuanya selesai dengan baik dan buat isteri pertama Da’i Farhan, teruslah bertabah… InsyaAllah ada sinar di hujung jalan nanti. 

 

Sumber : LobakMerah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tegas Dirinya Dif1tn4h, Tapi Peguam D4kwa Ded4h Bukti Da’i Farhan Memang Betul Ada Di China Dengan Wife Kedua?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*