“Sampai Ke Hari Ini Orang Asyik Tanya Mengapa Tak Kahwin Dengan Erra,” – Awie Bakal ‘Kembalikan’ Nostalgia Cinta Dengan Primadona Alaf Baru

Bakal ‘bersatu’ kembali dengan kekasih lama, Datuk Awie menjelaskan kehadiran Erra Fazira di konsert Awie Romantika yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka 15 Februari 2020 nanti menjadi elemen penting dalam penceritaan persembahannya nanti.

Jelasnya, nama mereka cukup kuat di ingatan raman dan begitu sinonim meskipun kisah cinta mereka telah berlalu lebih 25 tahun lalu.

“Kita tak boleh menghalang orang mengimbau atau membuat spekulasi mengenai konsert itu. Terpulang.

“Apa yang saya nak sampaikan, niat di hati ingin mengembalikan nostalgia percintaan kami,” jelasnya kepada MH.

Akur dengan soal apa pula kata hati si isteri, Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, yang dikahwini tiga tahun lalu pula nanti, Awie akui dia mengenali isi hati wanita dan faham akan kegusaran yang melanda.

Lalu atas sebab itulah, dia meminta keizinan dan menjelaskan sebaik mungkin agar tidak timbul masalah di masa akan datang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Minggu pertama Musical Lawak Superstar… alhamdulillah … tahniah pada kesemua peserta ! Good try !

A post shared by Ahmad Azhar bin Othman (AWIE) (@awieofficial) on

Saya terikat dan ia agak sukar untuk teruskan konsert ini. Namun saya harus juga menjaga sensitiviti isteri dan anak-anak.

“Jujurnya, saya perlu selesaikan dahulu persoalan isteri supaya tiada masalah di kemudian hari dan dia memberi keizinan.

“Bukan mudah menenangkan wanita. Tapi syukur isteri memahami kerana dia mahu saya berjaya,” katanya lagi.

Bintang yang sinonim menerusi lagu Tragedi Oktober itu ditemui pada sidang media Konsert Awie Romantika, di Seri Kembangan, pada Rabu.

Ulas pemilik nama sebenar, Ahmad Azhar Othman, 51, ini lagi, dia juga mahu menjawab persoalan yang masih menjadi persoalan netizen sehingga kini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ramai yg DM.. tanya kenapa lama tak ada gamba Aleesya.. Entah laaahh.., Skrg ni rajin post kat ig story pulak.. sedar2 dah lamaaaa tak update feed.. 🤭😁 . Nahhhh.. kita lanje gamba anakanda .. Cepatnyaaaa dia membesar.. kasut pun dah size 38 skrg 🤔 Tahun depan dah nak sama size kasut mom dah.. 😖😖 . . Hugs n kisses from both of us.. 💋💖

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

“Kami ambil jalan kebaikan untuk menyelesaikan kemelut antara kami dan orang ramai. Ada yang menuding jari menyalah saya dan ada yang menyalahkan Erra.

“Saya tidak mahu f1tn4h mengenai bagaimana hubungan kami putus dahulu terus berulang sehingga hari ini.

“Jadi lebih baik kami selesaikan perkara ini pada tahun 2020,” ulasnya optimis.

Sementara itu, Awie juga tidak menafikan dirinya masih menerima pertanyaan berkaitan cinta sama Erra Fazira dan mengapa hubungan mereka terputus di tengah jalan hingga kini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siapa tengok MELODI Ahad lepas?? Masa tengah dok celoteh dgn Ajak kat Melodi, Erra ada buat Pose #PengejarImpian.. mesti korang tertanya-tanya kan.. awat pose ala gaya mat moto 🤭😁 . . Erra sebenarnya tengah nak cuba nasib mana tahu muka Erra terpampang kat jentera PETRONAS Sepang Racing Team di MotoGP Malaysia tahun ni. Jom!! Kita jadi sebahagian dari wajah2 yg akan terpampang di jentera PETRONAS sempena MotoGP Malaysia!! . Macamana nak join?? Senang jerrr.. korang buat satu pose (ala2 mcm tgh naik moto), pas tu, follow langkah mudah di bawah ✊✊ . 1.Tetapkan akaun IG dari privasi kepada UMUM . 2.Muat naik gambar gaya Pengejar Impian korang yg macho tuuu… 3.Sertakan hashtag #PengejarImpian #TambahPowerPSRT Mana tahu kita GANG! – muka sama2 terpampang kat jentera PSRT di MotoGP Malaysia tahun ni! 🥰😁 LETSSSS,,,!! . . @petronasmotorsports #PETRONASMotorsports

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

“Sampai ke hari ini orang asyik bertanya mengapa tidak berkahwin dengan Erra meski sekarang saya sudah mempunyai lima anak.

Mula-mula orang fikirkan kami berdua menjalinkan hubungan kembali. Sesetengah daripada mereka ada sarankan saya untuk kembali kepadanya.

“Namun saya terangkan kepada isteri, daripada sudut kerja tidak perlu risau. Ini kerjaya saya, iaitu penyanyi dan pelakon. Jangan pertikai dan bawa hal kerja balik ke rumah,” katanya lagi.

Tiket Konsert Awie Romantika yang akan dilangsungkan pada 15 Februari 2020 di Stadium Malawati, Shah Alam boleh didapati menerusi www.myticket.asia atau hubungi talian (03-86050195).

Tiket berharga RM78 (green zone), RM128 (purple zone), RM188 (yellow zone), RM238 (red zone), RM308 (grey zone) dan RM438 (vip zone).

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Sampai Ke Hari Ini Orang Asyik Tanya Mengapa Tak Kahwin Dengan Erra,” – Awie Bakal ‘Kembalikan’ Nostalgia Cinta Dengan Primadona Alaf Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*