PU Abu berangkat ke tanah suci, isteri tercinta tinggalkan mesej padu

Isteri kepada penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu iaitu Hana Azraa berkongsi kata-kata semangat menerusi laman IG. Kongsinya, setiap perkara yang dilakukan perlu diiringi dengan niat, tawakal dan doa.

“Terkadang apa yang telah kita ikhitiar dan belum juga membuahkan hasil yg sesuai dengan keinginan, padahal doa telah dilangitkan tanpa lelah, usaha telah dilakukan dengan semaksima mungkin dan tanpa keluh kesah tetapi masih belum mampu membuka pintu-pintu langit.

“Jadi, bagaimanakah lagi? Mar4h pun sia-sia. Mengvtuk keadaan pula tidak mampu merubah apa-apa. Menyerah apatah lagi, ia bukan lah satu solusi.

“Pilihan terbaik adalah tetap sama. Berusaha lagi. Berdoa lagi. Bersabar lagi. Sampai bila? Sampai Allah berkehendak,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, Hana yang kini sedang hamil second trimester yakin bahawa setiap doa pasti didengari Allah, bezanya cepat atau lambat.

“Roda kehidupan ini akan terus berputar. Semua ada waktunya. Waktu yg Allah sudah tetapkan. Jika masih belum berhasil, bersabarlah.

“Dia tidak akan mengabaikan usaha dan doamu. Yakinlah. Pada waktu yg telah ditetapkanNya.

“Semua tanya, gelis4h dalam hati akan terjawab dan semua pinta yg kamu langitkan akan terijabah.

“Berdamailah dengan dirimu. Allah selalu bersama kamu,” akhirinya.

Abu dan Hana yang juga berstatus ibu tunggal, anak satu sebelum ini telah mendirikan rumah tangga pada Mei lalu. Hasil perkongsian hidup, Hana kini sedang hamil second trimester.

Dalam perkembangan lain, Abu kini sedang menunaikan umrah bersama beberapa jemaah lain.

 

Foto: IG Hana Azraa

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "PU Abu berangkat ke tanah suci, isteri tercinta tinggalkan mesej padu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*