Selepas Dr Amalina, Giliran Dr Hafiz Suami Lufya Pula Bidas Produk Neelofa! “Saya harap Neelofa menerima teguran dengan hati yang terbuka”

SUSULAN teguran secara terbuka diberikan oleh pakar bed4h, Dr Amalina Che Bakri, 31 tentang produk minuman pengacara terkenal Neelofa, doktor perubatan yang juga suami Lufya Omar iaitu Dr Che Hafiz turut berkongsi pendapat peribadinya.

Pemilik nama sebenar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum bersetuju dengan pendapat Dr Amalina kerana perkara itu menyentuh isu kesihatan dan secara tidak langsung memberi kesan buruk kepada pengguna dalam jangka masa panjang.

“Dari sudut pandangan, saya memang setuju dengan teguran yang dibuat oleh Dr Amalina.

“Saya harap Neelofa dapat menyambut teguran tersebut dengan hati yang terbuka sebab jika kita overclaimed tentang sesuatu produk apatah lagi ia menyentuh isu kesihatan, ibarat seseorang itu memberikan janji bulan dan bintang kepada masyarakat tanpa memikirkan kesan neg4tif kepada kesihatan dalam jangka masa yang panjang,” ujarnya.

Pada Selasa lalu, Dr Amalina menerusi Twitter peribadinya meminta penjelasan usahawan itu tentang khasiat susu pisang yang dianggap keterlaluan dipromosikan.

Bagaimanapun, pengacara terbabit pada Ahad meluahkan rasa kurang senang dan kesal sikap segelintir Melayu yang menjatuhkan perniagaan kaum sendiri.

 

Saya harap Neelofa dapat menyambut teguran tersebut dengan hati yang terbuka

DR CHE HAFZ

DOKTOR PERUBATAN

 

Dr Che Hafiz yang merupakan doktor perubatan di sebuah hospital kerajaan berkata, masalah ob3siti merupakan antara peny4kit serius yang melibatkan rakyat Malaysia.

Dia turut meminta para penjual dan usahawan lebih bertanggungjawab terutamanya dalam mempromosikan produk yang melibatkan kesihatan pengguna.

“Penggunaan ayat bagi tujuan mempromosikan iklan sesuatu produk amatlah perlu berhati-hati supaya pembeli tidak akan salah faham akan kegunaan produk yang dibeli.

“Apatah lagi ia mengandungi  unsur-unsur  yang melibatkan kesihatan diri supaya pembeli tidak menyesal di kemudian hari,” tegasnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber  : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Selepas Dr Amalina, Giliran Dr Hafiz Suami Lufya Pula Bidas Produk Neelofa! “Saya harap Neelofa menerima teguran dengan hati yang terbuka”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*