Nia Ramadhani pernah ses4t dalam rumahnya, harga katil pun cecah RM59,000!

DIGELAR selebriti semestinya kisah kehidupan mereka sering menarik perhatian masyarakat terutamanya hal peribadi seperti harta yang mereka miliki.

Tidak ketinggalan juga pelakon terkenal Indonesia menerusi sinetron Bawang Putih, Bawang Merah, Nia Ramadhani yang sebelum ini membuat pengakuan bahawa dia pernah terses4t di dalam rumahnya sendiri.

 Ibu kepada tiga cahaya mata ini sekali lagi menjadi bualan netizen selepas rakan artisnya, Jessica Iskandar membongk4rkan kemewahan yang dimilikinya.

Menurut Jessica, pelakon berusia 29 tahun ini memiliki kekayaan yang luar biasa malah hal itu dided4hkan olehnya saat mengunjungi kediaman pelakon itu.

Nia Ramadhani bersama suami serta tiga anaknya.

Jelas Jessica, dia sedikit terkejut selepas melihat saiz kamar serta saiz katil milik rakannya yang bersaiz luar biasa kira-kira 5×2 meter lebarnya.

“Kalau katil kamu bersaiz 5×2 meter bermakna 10 meter lebarnya,” kata Jessica menerusi kunjungannya ke kediaman pelakon cantik ini yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Nia Ramadhani kemudian hanya mengiyakan pertanyaan tersebut.

Tambah Jessica lagi, rakannya memberitahu bahawa dia mempunyai alasan yang tersendiri mengapa dia perlukan saiz katil sebesar itu.

Nia Ramadhani kini bergiat aktif dalam dunia lakonan.

Malah, wanita berasal dari Jakarta, Indonesia ini mengakui keinginan itu datang sewaktu dia sedang h4mil anak pertama, Mikhayla Zalindra yang kini berusia 7 tahun.

Menerusi rakaman klip video tersebut, Jessica turut bertanya harga tilam tersebut. Malangnya jelas isteri kepada Ardie Bakrie ini, dia sendiri tidak mengingati harga tilam tersebut kerana dia membelinya hampir 10 tahun yang lalu.

“Maaf ya jika saya sikit sombong. Katil baru saya bersaiz king yang berukuran sederhana itu pun hampir Rp50 juta (RM14,000). Jadi cuba fikirkan kalau sebesar ini. Jika saiz 5 meter ini berapa harganya?” soal Jessica.

“Maaf, saya tidak tahu. Saya sudah lupa kerana saya beli katil ini hampir 10 tahun lalu,” jawab Nia Ramadhani.

“Saya rasa harganya mencapai hampir Rp200 juta (RM59,000),” ujar Jessica.

 

SUMBER- KapanLagi.com via Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Nia Ramadhani pernah ses4t dalam rumahnya, harga katil pun cecah RM59,000!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*