Ramlah Ram Tak Mahu Sertai Pertandingan Menyanyi

Penyanyi era 80-an, Ramlah Ram menyatakan tidak mahu lagi menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.

Jelas Ramlah dia sudah puas melibatkan diri sepanjang perjalanan kariernya.

“Dalam keadaan sekarang ini saya tak ingin untuk memasuki mana-mana pertandingan kerana sudah berasa puas.

“Saya malas untuk libatkan diri dengan umur yang sudah menjangkau 54 tahun. 

“Saya tanak tempuh situasi dengan berasa tertekan dalam memilih lagu,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kau Kunci Cintaku itu menyatakan dia masih menerima undangan untuk menyanyi di majlis korporat ataupun makan malam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Makan..makan..makan..gn @safurashah @kit_entertainment Mmng sedap2 belaka makanan kt sini..👍😘😍Alhamdulillah..Tq so much @royalechulankl @zelljlo @shuzakaria 😍💕 #Repost @kit_entertainment with @make_repost ・・・ Food review, meeting, dinner. DONE! Alhamdulillah…. @ramlahram383 & @safurashah di @royalechulankl …. terima kasih @shuzakaria & @zelljlo #kitentertainment #prandmediaconsultant @kit_entertainment @kit_rushuhaimin

A post shared by RAMLAH RAM official (@ramlahram383) on

“Alhamdulillah saya bersyukur dengan kehidupan yang masih diingati oleh ramai orang. Jemputan menyanyi tidak pernah putus saya terima.

“Saya juga baru mengeluarkan lagu terbaru yang dalam fasa promosi.

“Saya cukup bahagia dan gembira dengan rezeki yang telah dikurniakan,” ujarnya lagi.

 

Sumber : Gempak

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ramlah Ram Tak Mahu Sertai Pertandingan Menyanyi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*