Tergel1nc1r Tak Apa! Ratu Malaysia Menang Kostum Nasional Terbaik Miss Universe 2019

Hikmah tergel1nc1r ketika pusingan swim wear kelmarin, Miss Universe Malaysia, Shweta Sekhon memenangi Kostum Nasional Terbaik pada pertandingan ratu cantik Miss Universe 2019 yang berlangsung di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat.

Membawakan kostum berkonsepkan masyarakat baba nyonya Melaka, A Peranakan Indulgence sentuhan pereka tempatan Carven Ong berjaya membuka mata dunia.

Kostum seberat 27 kilogram itu dilengkapi dengan lima meja hidangan kuih-muih tradisional antaranya onde-onde, kuih koci, kuih lapis, kek sagu, kuih talam, ang ku kuih dan banyak lagi.

Gaun itu mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan.

Bagaimanapun, hos rancangan itu, Steve Harvey malangnya tersilap mengumumkan nama ratu cantik Filipina, Gazini Ganados sebagai juara Kostum Nasional Terbaik.

Perkara itu diperbetulkan sendiri oleh Shweta yang meminta mikrofon daripada Steve ketika itu dengan penuh profesional.

Situasi itu berjaya dikawal oleh Steve yang menyamakan insiden sama seperti yang berlaku ketika mengumumkan nama Ratu Colombia, Ariadna Gutierrez sebagai pemenang yang sepatutnya milik Ratu Filipina, Pia Wurtzbach pada Miss Universe 2015.

Dalam pertandingan itu, Malaysia gagal menempatkan nama di kedudukan 20 terbaik.

Selepas Filipina, Miss Universe 2019 telah dinobatkan menjadi milik Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan! Tahniah diucapkan.

Apa Dah Jadi Dengan Lantai Pentas Miss Universe ? Ratu Malaysia Tetap Semangat Biarpun Jatuh Tergolek

Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon ditimpa malang apabila dia telah  tergelincir lalu rebah  ketika menggayakan pakaian renang dalam acara swimwear sewaktu  pusingan awal Miss Universe 2019 yang berlangsung di Tyler Perry Studios, Atlanta, Georgia. 

Shweta yang bermula dengan aksi penuh yakin dan bergaya tetap  berjaya meneruskan persembahan setelah rebah dalam aksi penuh dram4tik di pentas peragaan kecil tersebut.

Kasihan, aksi Shweta yang tergelincir lalu rebah di pentas peragaan Miss Universe Foto- Awani.com

Biarpun terjatuh, Shweta berjaya bangkit dengan tenang dan meneruskan aksi catwalknya dengan penuh bertenaga lantas menerima sorakan gemuruh dari penonton. 

Sumber : Cari

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tergel1nc1r Tak Apa! Ratu Malaysia Menang Kostum Nasional Terbaik Miss Universe 2019"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*