“Nak Kenal Tahap Nak Jadikan Wife…”- Saharul Ridzwan Dedah ‘Ayat’ Mengorat Ketika Mula Berkenalan Dengan Isteri

Aktor Saharul Ridzwan mendedahkan perbualannya ketika mula hendak berkenalan dan memikat Qaabila Deena Amir yang kini sudah menjadi isterinya.

Menurut Saharul, ketika itu isterinya sudah mempunyai kekasih namun dia tidak pernah berpvtus asa kerana serius untuk menjadikan wanita itu sebagai isteri.

Malah menerusi perbualan dari messenger laman Facebook itu jelas Qabila berkeras untuk tidak mahu berkenalan dengan Saharul kerana sudah mempunyai kekasih. 

Namun kini, Saharul bersyukur wanita yang ‘jual mahal’ itu kini sudah menjadi isterinya.

“Time ni aku memang nak mengorat dia. Nekad. Tapi dia jual mahal! Hahahaha. Scroll-scroll terjumpa balik conversation FB. 

“Alhamdulillah, syukur Allah aturkan segala yang terbaik buat kami berdua,” tulisnya.

Saharul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia turut memuat naik perbualan tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

25/9/2012 . Time ni aku memang nak mengorat dia. Nekad. Tapi dia jual mahal! Hahahaha. Scroll2 terjumpa balik conversation FB. ❤️ . Alhamdulillah, syukur Allah aturkan segala yang terbaik buat kami berdua. Betul lah kata abah @tokabah_hajihashim , . “PERKAHWINAN INI SATU BAHTERA DAN KITA (SUAMI) ADALAH NAKHODA KAPAL KITA. LURUS JALAN YANG DI TUJUI IAITU JALAN ALLAH SWT, MAKA LURUSLAH PERJALANAN DUNIAWI KITA”. Amin. Terim kasih abah. . Walau satu hari nanti saya diduga dengan kesushan, janji saya awak pada awak sayang, anak2 , awak dan anak2 kita tidak akan kebulur tiada makanan dan tiada tempat berteduh dari hujan dan panas. Amin. Semoga Allah memperkenan doa saya yang bukan utk diri hambaMu ini tapi utk insan yang hambaMu sayang ini termasuklah umi, abah, mertua, keluarga kami dan semua keluarga Mohd Saharul Ridzwan bin Hashim dan seluruh umat islam ini. Amin Ya Karim. ❤️

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Luth Ali pada 6 Jun 2017.

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Nak Kenal Tahap Nak Jadikan Wife…”- Saharul Ridzwan Dedah ‘Ayat’ Mengorat Ketika Mula Berkenalan Dengan Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*