Bayaran Bantuan Khas Kewangan penjawat awam, pesara 18 Disember

PUTRAJAYA: Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah serta RM250 bagi pesara akan dibuat pada 18 Disember ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata bayaran khas itu membabitkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

“Pembayaran sebelum hujung tahun dibuat antara lainnya untuk membantu ibu bapa dalam kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, bantuan RM500 itu akan memberi manfaat kepada 1.5 juta penjawat awam kerajaan Persekutuan merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak.

Bayaran khas sebanyak RM250 pula akan memberi manfaat kepada satu juta pesara termasuk veteran tidak berpencen dan pesara awam tidak menerima pencen bagi mengenang khidmat bakti mereka, katanya.

Bantuan Khas Kewangan itu diumumkan Lim dalam ucapan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober lalu. – BERNAMA

Sumber : BHOnline

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Bayaran Bantuan Khas Kewangan penjawat awam, pesara 18 Disember"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*