Projek filem Nur batal

KUALA LUMPUR: Pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin mengesahkan cadangan mengangkat kisah kehidupan Ustaz Adam dan isteri yang dikenalinya di lorong gelap kepada filem, dibat4lkan.

Shahrulezad berkata, keputusan dibuat selepas semua pihak iaitu penerbit, Radius One Sdn Bhd dan Primeworks Studios (PWS) menimbangkan banyak perkara termasuk plot cerita dan batasan masa.

“Pada mulanya, kita teruja hendak membawa drama Nur yang dihasilkan sebanyak dua musim, kepada layar perak.

“Namun, selepas berbincang dengan PWS, kita setuju jalan cerita filem Nur berhadapan isu batasan masa.

“Faham sahajalah, durasi untuk filem adalah antara 90 minit hingga 110 minit. Apa yang dicadangkan sebagai kandungan cerita untuk filem ini amat berat.

“Jadi, kita tidak boleh memasukkan semua elemen kerana dikhuatiri menjejaskan plot cerita,” katanya kepada BH Online.

Shahrulezad yang mengarahkan drama terbaru, Adellea Sofea siaran TV3, akur biarpun h4mpa kerana tidak dapat menerajui projek filem pertamanya.

“Kita lihat idea Nur 3 lebih sesuai untuk drama berbanding filem. Memang jauh di sudut hati, saya hampa dan terkilan tidak dapat mengarah filem.

“Namun, saya tidak boleh mementingkan diri sendiri. Saya tak boleh buat filem semata-mata hendak ikut aliran orang.

“Daripada menghasilkan filem Nur yang separuh ‘masak’ dan tangkap muat, lebih baik jangan. Nur sudah mencipta reputasi dan fenomena sendiri,” katanya.

Ditanya apakah drama Nur bagi musim ketiga akan diteruskan, Shahrulezad tidak dapat memberi kepastian.

“Semuanya masih samar kerana perlu mendapat persetujuan PWS dan barisan pelakon,” katanya.

 

Sumber : BHOnline

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Projek filem Nur batal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*