Ahli Kumpulan Saujana Dikriitik Lelaki Lembut, “Saya Bukan Lembut Tapi Manja..” – Dr Idzu

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan nasyid Saujana yang popular sekitar akhir 90-an dan 2000. 

Namun, ramai yang terkejut dengan penampilan salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Dr Idzu Baharin, 38 yang turut dilabel sebagai lelaki lembut.

Bercakap hal itu kepada Berita Harian, Idzu menganggap ramai yang tidak mengenalinya secara dekat kerana karakternya memang begitu sejak sekian lama. 

“Saya bukan lembut, sebaliknya lebih kepada manja. Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan kasih sayang, malah saya rapat dengan ibu.

“Saya tahu ramai yang melabel saya sebagai lelaki lembut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#wahwahwah, happynya dapat jumpa former patient MyDerm kami yang sorang ni 😁 Sempena CTBB Workshop bebrapa bulan lepas, kami jemput beliau membuat kemunculan semula setelah beberapa tahun discharged dan diishtihar sembuh dari HUKM dulu. Alhamdulillah, team @celltissueukm sgt2 teruja melihat perkembangan terbaru beliau – dah mula contribute kpd family dan dikhabarkan sedang mengasah potensi menjadi chef berjaya! 🎉 Sayu juga terkenang kali pertama jumpa beliau, masa tu masih kecil lagi dan dalam keadaan 50-50 akibat kebakaran teruk yg tak sembuh (chronic non-healing ulcer) 😪 Semoga beliau terus maju jaya, kami di sini mendoakan beliau dan family sentiasa dalam lindungan Allah dan sihat+happy selalu, Amin! 🙏 #majorthrowback #throwbackthursday #myderm #celltissue #burns #artificialskin #kulitgantian #ukmmc #celltigraft #algraft #celltissuebiobank #lukaterbakar #kebakaran

A post shared by Dr Khairul Idzwan Baharin (DK) (@idzubaharin) on

“Namun, semua itu tidak saya endahkan kerana saya hanya ingin menjadi diri sendiri,” katanya kepada portal berkenaan. 

Penampilan di media sosial pula dikritik, namun Idzu nampaknya tidak mahu mengambil pusing dan menerima sahaja. 

“Mungkin mereka tidak mengenali saya secara mendalam kerana dahulu, tiada media sosial. Mereka hanya melihat saya menerusi skrin televisyen, video atau akhbar.

“Justeru, ramai yang terkejut dan menganggap saya menukar penampilan apabila aktif di laman sosial. Tidak mengapalah jika mereka berfikiran begitu. Saya terima apa sahaja panggilan yang mereka berikan,” ujarnya.

“Saya tidak pernah berkecil hati apabila warganet mengh1na dan mencemvh. Saya tahu diri saya… Atas alasan itu, saya tidak rasa terhutang untuk menjawab segala bentuk persoalan yang ditimbulkan warganet.

“Syukur, saya tidak pernah tertekan untuk menukar penampilan, malah tanggapan umum tidak pernah membunuh keinginan saya untuk menjadi penyanyi.

“Mungkin kebetulan saya menyanyikan lagu nasyid. Tetapi, saya ada juga menghasilkan dua single pop iaitu Stay dan Percaya, beberapa tahun lalu,” katanya lagi yang kini mengusahakan klinik dan pusat kecantikan sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The day my house officially became a mini zoo 😁❤️😾 #newbosses #catsofinstagram #kitties

A post shared by Dr Khairul Idzwan Baharin (DK) (@idzubaharin) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber  : – CARI 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ahli Kumpulan Saujana Dikriitik Lelaki Lembut, “Saya Bukan Lembut Tapi Manja..” – Dr Idzu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*