“Seorang mengaku ustaz, seorang mengaku doktor..”Dr Amalina persoal isteri pendakwah senang-senang guna title doktor

SUSULAN pended4han mengejutkan membabitkan isteri seorang pendakwah bebas yang didakwa menyalahgunakan gelaran doktor, beberapa pengamal perubatan tampil mempertikaikan ‘title’ tersebut.

Salah seorang yang menyuarakan teguran tersebut adalah pakar bed4h kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom, London, Dr Amalina Che Bakri.

Teguran itu disuarakannya menerusi satu posting di Twitter, baru-baru ini.

“Untuk menjadi neurologist (pakar neurologi), mengambil masa lebih daripada 10 tahun. Bagaimana insan ini boleh senang-senang sahaja guna ‘title’ doktor ya,” tulisnya.

Tweet tersebut mengundang perhatian netizen apabila ia meraih sehingga 7,300 ulang kicau, selain dihujani komen netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan teguran Dr Amalina.

“Kita bed4h ot4k dia, kita kena kaji ot4k dia, doktor. Bukan senang nak dapat (gelaran doktor) ni,” tulis seorang pelayar.

Posting Dr Amalina di Twitter yang menegur isteri pendakwah bebas yang didakwa menyalahgunakan gelaran doktor.

“Saya jumpa ramai yang mengaku sebagai doktor untuk kepentingan diri sendiri. Saja test tup tup gelabah. Doktor sebenar bertahun-tahun belajar dengan payahnya senang-senang saja dia mengaku,” komen pelayar lain.

“Selamatkan kami doktor, seorang mengaku ustaz, seorang mengaku doktor,” demikian tulis pelayar lain pula.

Sebuah laman Facebook sebelum ini mended4hkan isteri kepada seorang pendakwah kontroversi menyalahgunakan gelaran doktor iaitu apabila mendakwa dirinya sebagai pakar neurologi.

Malah wanita itu juga meletakkan gelaran tersebut pada ruangan bio di Instagram menerusi satu akaun bernama drholis@wc sebelum ia dipadam.

Pended4han itu dibuat di laman Facebook Penolong Pegawai Perubatan, selepas kiriman mesej daripada seorang individu diterima berhubung status wanita terbabit.

Tangkap layar akaun Instagram milik seorang wanita yang juga isteri pendakwah yang meletakkan gelaran pakar neurologi di bahagian bio laman sosial itu, sebelum dipadam.

“Menerusi kiriman gambar yang diterima, wanita itu mengatakan bahawa dia adalah Neurologist di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Neurologist merujuk kepada pakar perubatan di bawah bidang Nuerofisiologi yang mana merupakan bidang mengkaji bahagian ot4k, tulang belakang dan kajian saraf di dalam tubuh badan seseorang manusia,” demikian menurut posting itu.

Bagaimanapun menerusi pencarian di laman sesawang Majlis Perubatan Malaysia (MMC), didapati nama wanita tersebut tiada dalam pengkalan data tersebut.

Menerusi posting itu lagi, ia menyatakan bahawa perbuatan itu merupakan satu kesal4han di bawah Akta 774, Akt4 Kesihatan Profesion Bersekutu 2016 Undang-undang Malaysia, di mana jika sabit kesalahan, inidividu berkenaan boleh didend4 tidak melebihi RM50,000 atau dipenj4rakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Antara komen netizen terhadap perkongsian Dr Amalina.

Penelitian mStar bagaimanapun mendapati pemilik akaun itu sudah memadamkan maklumat bio pada Instagramnya.

Untuk rekod, Juara Da’i Musim Kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad merupakan salah seorang pengikut akaun tersebut.

Sebelum teguran disuarakan oleh Dr Amalina, seorang pakar perubatan keluarga, Dr Nimelesh Balanthiren turut mempertikaikan tindakan isteri pendakwah bebas tersebut.

Dalam perkongsiannya di Twitter, doktor itu berharap agar tindakan segera diambil terhadap wanita berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber  : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Seorang mengaku ustaz, seorang mengaku doktor..”Dr Amalina persoal isteri pendakwah senang-senang guna title doktor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*