Saya Nekad “Unfollow” Zara Zya Di Instagram – Hafreez Adam

Baru dua bulan pertunangan pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam diadakan dan kini sudah ada baur-baur keretakan di antara mereka. 

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua selebriti ini baru sahaja mengikat tali pertunangan pada Oktober lepas setelah menyemai cinta sejak dua tahun lalu.

Sumber:  IG

Tarikh perkahwinan pun sudah diatur oleh kedua-dua belah keluarga yang dikatakan bakal berlangsung hujung tahun 2020.

Namun, siapa sangka Zara Zya membuat pengakuan sendiri tentang status hubungan mereka kepada Harian Metro. Pelakon cantik itu mengakui bahawa dia dan Hafreez sedang dalam fasa mencari penyelesaian terbaik untuk masalah yang dihadapi.

Sumber: IG

Menurut Hafreez pula, tindakannya yang tidak lagi mengikuti Zara di laman Instagram adalah bertujuan untuk tidak mengeruhkan keadaan sedia ada kerana enggan menjadikan hubungan tersebut semakin negatif.

“Jadi, bagi mengelakkan banyak masalah dan cerita kurang enak, saya nekad untuk “unfollow” Zara di Instagram dan tidak membaca sebarang cerita negatif mengenainya di Instagram. Saya bimbang andai hubungan kami dilanda masalah, ada pihak cuba menokok tambah cerita.

Sumber: IG

“Saya kesal apabila ada pihak cuba menyebarkan cerita negatif mengenai kami. Bagaimanapun, saya enggan ambil serius dan menganggap perkara ini sebagai dugaan orang bertunang.” kata Zara.

Sumber: IG

Semoga pasangan ini tabah menghadapi masalah dan menyelesaikan permasalahan yang berlaku di antara mereka dengan cara baik dan matang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber  : – CARI

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Saya Nekad “Unfollow” Zara Zya Di Instagram – Hafreez Adam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*