Issey akhiri zaman duda 22 Disember ini

KUALA LUMPUR: Pelakon, pelawak dan penyampai radio, Issey bakal menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal tiga anak pada 22 Disember ini.

Issey memberitahu, dia dan bakal isteri yang dikenali sejak zaman sekolah, sepakat melangsungkan pernikahan di Kota Bharu, Kelantan.

“Saya bakal bernikah dengan kenalan lama zaman sekolah. Dia adalah ibu tiga anak dan bertugas sebagai pengurus sumber manusia di sebuah syarikat swasta,” katanya yang berkongsi berita gembira itu melalui video yang dimuat naik di Instagram, hari ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mohon doa daripada semua agar segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Terima kasih 🙏🏻 #gengissey

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Sebelum ini, Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 32, pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015.

Namun, mereka berp1sah setahun kemudian dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Pelakon Pok Ya Cong Codei itu turut meminta maaf kerana merahsiakan perancangan hari bahagianya.

“Saya minta maaf kepada semua. Sebenarnya, niat hendak merahsiakan perkara ini… Doakan semuanya lancar,” katanya sambil menambah wanita yang bakal dinikahi kem4tian suami, dua tahun lalu.

 

Sumber : BH Online

 

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Issey akhiri zaman duda 22 Disember ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*