“Kalau Nak Diikutkan, Sudah Tidak Mahu..” DS Eizlan Dedah Punca Beliau Nikah Dengan Natasha

Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hati, Natasha Rosa Boudville, 29, dengan sekali lafaz pada Khamis kira-kira jam 3.30 petang.

Majlis akad nikah dilakukan dengan penuh meriah dan di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya.

Selain merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang sudi meraikan majlis, pelakon senior itu turut berkongsi mengenai detik awal hatinya mulai terbuka untuk berkahwin lagi selepas lebih beberapa tahun bergelar duda kepada tiga cahaya mata.

“Sebenarnya selepas perkahwinan terdahulu, saya tiada ‘attention’ lagi untuk berumahtangga. Memandangkan saya sudah pun mempunyai cahaya mata selain sibuk dengan komitmen lainnya. Tidak terfikir.

“Bagaimanapun apabila bertemu dengan Natasha, ia merubah segalanya. Kalau nak diikutkan, sudah tidak mahu. Bila bertemunya, she’s the one.

“Sepanjang perkenalan, nampaknya dia boleh serasi dengan anak-anak, dia seorang yang fleksibel, jenis yang relaks dan boleh bergaul dengan rakan-rakan saya,” katanya.

Pada masa sama, pelakon Paskal The Movie ini juga turut akui ada ketikanya dia rasa sunyi tiada peneman di sini.

“Kalau dikatakan sudah selesa untuk tidak berkahwin lagi, ada ketikanya saya rasa sunyi juga. Meski pada peringkat awal, rasanya saya sudah tidak mahu kahwin, akan tetapi perasaan sunyi itu hadir.

“Anak-anak tidak bersama saya, mereka sama ibunya. Jadi saya sendirian di rumah,” jelasnya yang turut meminta doa ramai agar ikatan yang terbina kekal harmoni selamanya.

Ikuti temu bual penuh bersamanya di sini;

Terdahulu, Eizlan pernah mendirikan rumah tangga dengan Vie Shantie Khan pada 7 Julai 2007 sebelum mereka sah bercer4i talak satu pada Februari 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, keduanya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6.

Foto: Instagram DS Eizlan Yusof via @project2pi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : MH

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Kalau Nak Diikutkan, Sudah Tidak Mahu..” DS Eizlan Dedah Punca Beliau Nikah Dengan Natasha"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*