Kekecew4an peminat bakar semangat Khai Bahar,tampil dengan naskah baru

Khai Bahar menganggap keg4g4lan untuk mara ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) yang bakal berlangsung pada Februari depan berpunca dari kelem4hannya sendiri.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkata, dia juga enggan meny4lahkan mana-mana pihak sebaliknya percaya dengan kreadibiliti dan menghorm4ti keputusan yang telah dibuat.

“Jika difikir secara positifnya mungkin ada hikmah saya tak dapat. Saya tak ada pun perasaan kecew4 atau sed1h kerana yang bertanding malam itu sangat ramai dan yang tak dapat bukan saya seorang.

“Selain itu ia buat saya nampak yang mungkin kes1lap4n itu datang dari saya sendiri. Persembahan pada malam itu mungkin kurang sebab nerv0us itu ada tapi saya dah cuba yang terbaik.

Khai bergambar kenangan bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

“Saya anggap mungkin tiada rezeki untuk ke pentas AJL tahun ini… apapun saya tak akan mengalah. Insyallah akan cuba lagi tahun depan,” ujarnya kepada mStar.

Khai ditemui ketika majlis pelancaran lagu dan muzik video Ratuku sebagai mempromosikan dana wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menariknya, majlis pelancaran itu turut disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Dalam pada itu, Khai berkata, meskipun ramai peminat yang meluahkan rasa kecewa, perkara itu menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus melakukan yang lebih baik.

“Sebenarnya bila ramai yang kecew4 itulah yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berjuang dan buat lebih baik akan datang.

“Setakat ini feedback yang saya dapat mengenai lagu itu berbeza-beza. Kalau dari peminat, mereka yakin lagu ini layak untuk ke AJL.

“Tapi kalau feedback dari orang luar pula mereka katakan lagu ini tak cukup strong berbanding lagu-lagu yang berjaya mara ke AJL. Kita kena percaya pada juri dan saya tak pernah meny4lahkan juri kerana mereka lebih arif dalam bidang ini,” katanya.

Mengulas mengenai single terbaharunya itu, Khai berkata, lagu yang dihasilkan khas untuk MAIPs itu diharap dapat memberi kesedaran untuk membantu mereka yang mengalami s4kit buah pinggang.

“Apa yang menariknya dalam video klip ini ialah saya menangis betul.

“Bagi saya lagu ini bukan sekadar untuk hiburan halwa telinga tetapi juga memberi peluang kepada semua peminat untuk menghayati mesej positif sekali gus dapat menyumbang kepada golongan memerlukan,” katanya.

Sumber:Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Kekecew4an peminat bakar semangat Khai Bahar,tampil dengan naskah baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*