“Alif hantar ke airport pagi tadi..” – Nora kenang pertemuan terakhir dengan anaknya tak sangka merupakan pertemuan terakhir

KUALA LUMPUR: Salaman dan pelvkan Muhammad Syakir Alif Johan yang diberikan pagi tadi masih dirasakan oleh penyanyi terkenal, Nora Ariffin.

Tidak pernah terlintas di fikirannya itu merupakan pertemuan terakhir dengan anaknya itu.

“Pagi tadi Alif hantar Nora ke airport. Dia nampak sangat okey. Alif peluk dan salam Nora macam biasa… sampai di Singapura dapat panggilan kata Alif sudah tiada…  Allahuakbar,” kata Nora sambil teresak-esak dalam telefon ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.

Kenangan Nora bersama anaknya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif yang meningg4l dunia pada usia 20 tahun pada Sabtu. - Gambar Instagram NORA ARIFFIN

Nora sebelum itu menerima panggilan telefon daripada pembantu rumahnya memaklumkan Alif tidak sedar diri sebelum segera menghubungi ambulans.

Muhammad Syakir Alif yang berusia 20 tahun meningg4l dunia pagi tadi ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) .

Allahyarham yang juga penuntut jurusan perfileman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pernah menyertai program nyanyian realiti terbitan sebuah stesen televisyen baru-baru ini.

Nora ketika dihubungi sedang dalam perjalanan dari lapangan terbang menuju  PPUM bagi menziarahi jen4zah anaknya.

Kata penyanyi itu, dia tidak mendapat sebarang maklumat lanjut punca kem4tian anaknya itu.

“Saya dalam perjalanan ke PPUM, saya benar-benar buntu,” kata Nora lagi.

Ketika ini, jen4zah Alif berada di PPUM dan akan dikebvmikan di tanah perkubvran Bukit Tunku pada hari ini juga.

“Insya-Allah akan dikebvmikan hari ini juga. Doakan saya supaya memperoleh kekuatan,” kata Nora lagi.

Pada 24 Mac 2017, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin kehilangan suaminya, Allahyarham Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama tanah air.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

😢😢😢😢😢😢

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Awani

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Alif hantar ke airport pagi tadi..” – Nora kenang pertemuan terakhir dengan anaknya tak sangka merupakan pertemuan terakhir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*