‘Alif ibarat pengganti Johan’ – Nora

“DIA tidak ada sebarang peny4kit dan tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda ada peny4kit. Ketika menghantar saya ke lapangan terbang awal pagi tadi untuk ke Singapura, dia baik-baik saja.

“Saya memang terkejut apabila pembantu rumah menghubungi dan beritahu badannya sudah tidak bergerak selepas rebah,” kata penyanyi Nora Ariffin mengenai pemergian anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20, pagi tadi.

Nora berkata, walaupun kem4tian Alif sama seperti Allahyarham suaminya Johan Nawawi, dia tidak terfikir anaknya mengalami masalah jantung.

“Saya masih menunggu keputusan daripada doktor mengenai punca sebenar dan bedah siasat akan dilakukan untuk mendapatkan jawapan. Disebabkan doktor terbabit tidak ada hari ini, bedah siasat akan dilakukan esok pagi.

“Selepas itu jenazah akan dibawa ke Masjid Ar-Rahman, Kampung Tunku, Petaling Jaya dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, tempat yang sama dengan kubur arwah bapanya,” katanya.

Bercerita mengenai sikap Alif, Nora berkata, anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda atau perangai pelik sebelum ini. Malah semalam dia sempat menyanyi bersama adik-adiknya di dalam bilik.

Katanya, Alif ibarat pengganti arwah bapanya apatah lagi sejak anak sulung, Muhammad Syakir Iman berkahwin dan pindah rumah, Alif banyak membantunya menguruskan rumah dan dua adiknya yang masih tinggal dengan Nora.

“Dia masih belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan tinggal di asrama tetapi sering pulang ke rumah membantu saya. Kadang-kadang dia masak untuk kami semua. Apabila dia tidak dapat pulang saya akan hubunginya bertanya khabar dan tidak sangka kali ini dia tidak pulang selamanya.

“Dia sering beritahu habis belajar ingin cari kerja untuk bantu saya serta mahu menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda dan meneruskan minat arwah bapanya dalam bidang muzik,” katanya.

Alif men1ngg4l dunia pagi tadi di rumahnya di Petaling Jaya selepas rebah. Pembantu rumah kemudian meminta bantuan jiran dan menghubungi abang sulung Alif sebelum ambulans membawanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Alif yang begitu meminati bidang seni sebelum ini pernah menyertai program realiti Mentor Milenia 2019 namun tidak berjaya ke peringkat akhir.

Sumber: HM

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Alif ibarat pengganti Johan’ – Nora"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*