“Kali ini rasa sakit ber4n4k macam betul-betul hujung ny4wa” – Baru masuk 14 hari berpantang, Aeril minta tambah anak lelaki

Memasuki hari ke 14 berp4ntang, pelakon Wawa Zainal mended4hkan suaminya iaitu Aeril Zafrel ada meluahkan hasrat untuk memiliki seorang lagi anak.

Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 28, suaminya itu memberitahu ingin memiliki seorang lagi anak lelaki.

“Tak sangka dah ada tiga orang anak. Aeril request dia nak tambah satu lagi anak lelaki,” katanya.

Perkongsian yang dimuat naik Wawa ke laman Instagram miliknya.

Wawa berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Wawa turut memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan wajah anak ketiganya, Aya Soffya.

Bagaimanapun, Wawa yang kini merupakan usahawan yang berjaya berkata, dia mengalami kes4k1tan yang mel4mp4u berbanding dua kelahiran sebelum ini.

Kata Wawa, pengalaman mel4h1rkan anak ketiganya itu paling tidak boleh dilupakan sepanjang hidupnya.

“Tapi bila ingat balik kes4k1tan nak ber4n4k tu ya Allah… kali ni ber4n4k paling tak boleh lupa.

“Rasa s4k1t dia macam betul-betul hujung nyawa.”

“Tapi bila si kecil ni dah keluar, rasa lega,” ujarnya.

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel menimang cahaya mata ketiga selepas aktres itu selamat mel4h1rkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Andorra Wanita dan Kanak-kanak, Shah Alam pada 1 Disember lalu.

Wawa sebelum ini mengumumkan nama anak ketiganya itu adalah Aya Soffya dan dipilih bersempena nama sebuah masjid di Turki.

Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dan turut dikurniakan ua cahaya mata lain iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Sumber:mStar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Kali ini rasa sakit ber4n4k macam betul-betul hujung ny4wa” – Baru masuk 14 hari berpantang, Aeril minta tambah anak lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*