Wang Hantaran Dirahsiakan! Ini Gambar Dan Video Sekitar Majlis Perkahwinan Ain Edruce Yang Sangat Mewah

Dengan sekali lafaz, pengacara dan pelakon, Ain Edruce, 27, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, jam 9.11 malam.

Walaupun persiapan dibuat pada saat-saat akhir, Ain memanjatkan rasa syukur atas majlis yang berlangsung dengan sempurna.

“Alhamdulillah, majlis dapat diadakan dengan sempurna walaupun persiapan dibuat pada minit akhir kerana kesibukan saya dalam lakonan.

“Semoga perjalanan kami dalam fasa fasa baharu sebagai suami isteri dipermudahkan.

“Saya juga tidak menganggap status sebagai isteri sebagai penghalang untuk mengembangkan jenama sendiri dalam dunia seni,” katanya.

Majlis akad nikah pasangan itu berlangsung Quill City Mall, Kuala Lumpur yang dihadiri keluarga terdekat.

Ain menerima mas kahwin RM888, selain tiga dulang hantaran berbalas lima.

Jumlah wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ar Edruce Sabri, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Percer4ian dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek, Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.

Ain berkata, dia terpikat dengan suaminya, yang dikenali menerusi Instagram, kira-kira setahun lalu, kerana sikapnya yang berbeza dengan pemuda lain.

“Amirul seorang yang sangat budiman ketika menyatakan hasratnya untuk berkenalan. Walaupun bukanlah terlalu romantik, dia lelaki yang suka berterus-terang,” katanya.

Majlis resepsi Ain dan Amirul akan diadakan di lokasi sama, esok.

Pasangan ini bertunang pada 22 Jun lalu.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

It’s tonight ❤️ @ainedruce Akad Nikah at Quill City by @magicaatsubang #ainxxamirul #amirulxxain 👑MAGICA👑 An Artist’s Choice Perfect Luxury Venue For Your Wedding , Events & Corporate. #magicaatsubang #magica #subang #malaywedding #pelamin #weddingdeco #wedding #event #corporate #weddingplanner #kahwinlah #kahwinjer #jomkahwin #weddingday #ainedruce #artistwedding

A post shared by Magica at Subang (@magicaatsubang) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Wang Hantaran Dirahsiakan! Ini Gambar Dan Video Sekitar Majlis Perkahwinan Ain Edruce Yang Sangat Mewah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*