Bila Di Tanya Wartawan Tentang Wang Kemenangan,Ini Kata Kata Apex Tajuddin Buat Ramai Tersentuh Hati,Tak Sangka!!

Malam semalam telah berlangsungnya Konsert akhir Mentor Milenia 2019 di saluran TV3. Pada konsert tersebut, empat protege yang dibimbing oleh empat mentor telah pun membuat persembahan memuk@u dan juara juga telah diumumkan.

Para mentor yang bersaing membawa protege masing-masing adalah Hazama (Apex Tajudin), Stacy (Rika Riana), Black (Aedy Kama) dan Ernie Zakri (Daus Husny).

Budak Ganu menang Mentor Milenia 2019

Malam itu, Hazama dan Apex Tajudin telah menggondol gelaran juara dan sekali gus membawa pulang Rm100,000, trofi serta motosikal. Apex atau nama sebenarnya  Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjudin, 23, membawakan lagu Merisik Khabar dan Fantasia Bulan Madu duet bersama mentornya.

Bersyukur bergelar juara

Menerusi Harian Metro, Apex menjelaskan bahawa dia benar-benar bersyukur  berjaya memenangi Mentor Milenia 2019 kerana memang tekadnya untuk mengubah nasib keluarga memandangkan sebelum ini dia hanya seorang penyanyi jalanan dan isterinya sekadar berniaga nasi lemak di hadapan rumahnya di kampung.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ucapan sang Juara!!! Terbaik lah @apextajudin. Semoga maju jaya dalam industri muzik Malaysia!!! Tahniahhh!!! #mentormilenia2019

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Nak ubah nasib keluarga

Ditanya mengenai wang kemenangan, dia akan menunaikan hasrat untuk membawa keluarga menunaikan umrah serta membeli rumah untuk didiami isteri dan anaknya.

Dia juga merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan nasi lemak yang diusahakan bersama isteri.

“Saya benar-benar berharap kejayaan ini bakal mengubah nasib keluarga saya kepada lebih baik. Apalagi saya cuma seorang penyanyi jalanan dan isteri peniaga nasi lemak kecil-kecilan.”

Dapat lagu dari Faizal Tahir

Berkat kerja keras serta tunjuk ajar daripada Mentor, Apex Tajudin berjaya menggenggam gelaran juara sekali gus membawa hadiah utama pertandingan.

Selain daripada menerima hadiah tersebut, pemuda kelahiran Terengganu ini juga diberikan lagu pertamanya ciptaan Faizal Tahir berserta video muzik dan dijadikan lagu tema drama di TV3, waktu promosi TV dan radio bernilai RM500,000, serta dokumentari pendek kisah sepanjang di Mentor Milenia untuk siaran di saluran YouTube TV3.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Harian Metro, Tv3 via  BERITA STEADY MEDIA

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Bila Di Tanya Wartawan Tentang Wang Kemenangan,Ini Kata Kata Apex Tajuddin Buat Ramai Tersentuh Hati,Tak Sangka!!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*