“Janganlah Nak Menyal4hkan Saya Hanya Kerana Kak Shila Tak Dapat Mara Ke Final,” – Ifa Raziah

Menerusi laman media sosial, ada segelintir netizen yang memberikan pendapat dan krit1kan mengenai persembahan nyanyian Ifa Raziah di konsert Gegar Vaganza minggu kesepuluh yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah merupakan pasangan duet untuk penyanyi Noorshila Amin di pentas separuh akhir program berkenaan menyampaikan lagu Dialah Di Hati (Datuk Seri Siti Nurhaliza).

Lalu, penyanyi berusia 43 tahun ini ada melu4hkan perasaan di akaun Instagram miliknya, dalam satu entri terkini.

“Kenangan bersama kak @noorshilaamin di Semi Final Gegar Vaganza musim ke 6.

“Terima Kasih kpd Astro sudi menjemput ifa sebagai rakan duet utk kak shila.

“Ifa dah cuba sehabis baik utk membantu kak shila. Walaupun lagu ini ballad song, maaf jika ada sedikit kelemahan dr vokal ifa.

“Sejujurnya lagu ni memang susah utk dinyanyikan.. tapi ifa dah cuba yg terbaik.

“Ifa memang tak reti nak menyanyi sambil berdiri tegak. Walaupun nyanyi lagu slow, itu adalah gaya cara ifa perform.

“Takde niat nak tiru gaya artis2 lain, itulah gaya ifa tersendiri.

“Pd pendapat ifa sesetengah penyanyi ada Suara & Aura tetapi tiada LUCK didlm industri ni utk bertahan lama.

“Ada pulak penyanyi yg sederhana seperti ifa ni tapi masih lagi bertahan didlm industri sehingga harini dan diangkat sebagai Artis VERSATIL POPULAR selama 2 tahun berturut2 @abpbh_32,” tulisnya.

Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Ser Ser Ser itu turut percaya pada rezeki.

“Syukur Alhamdulillah. ini dikatakan rezeki, kita hanya merancang tapi Allah SWT yg menentukannya.

“Pd pendapat ifa, kak shila memang layak ke Final GV6 smlm tetapi itu semua rezeki masing2. Ada peserta GV6 yg ifa rasa tak layak masuk ke final kalau nak diukur dr Segi Vokalnya & Persembahannya yg kaku akan tetapi itu sudah menjadi rezeki dia so semua itu kita tak boleh dipertikaikan lagi keputusan adalah Muktamad.

“Tahniah ifa ucapkan kpd kesemua Finalis GV6. So jgnlah nak menyal4hkan ifa hanya kerana kak shila tak dpt mara ke final.

“Kita ni org2 industri dah tau permainan ni dan kami redha dgn keputusan GV6 walaupun pedih utk diterima.

“Adat bertandinglah.. ada yg menang ada yg kalah. Tapi yg kalah tak semestinya diPersalahkan ataupun Mengalah!!

“So ifa harap peminat2 kak shila paham dan mendoakan semoga kak shila terus sukses didlm kariernya.

“Ifa percaya Allah SWT dah mengaturkan yg terbaik utk kita semua.. Semoga dipermudahkan urusan kita semua ..Aamin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya panjang lebar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kenangan bersama kak @noorshilaamin di Semi Final Gegar Vaganza @gegarvaganzaofficial musim ke 6 ❤️ Terima Kasih kpd Astro sudi menjemput ifa sebagai rakan duet utk kak shila.. 🙏 @gegarvaganza.2019 . . Ifa dah cuba sehabis baik utk membantu kak shila .. Walaupun lagu ini ballad song ..maaf jika ada sedikit kelemahan dr vokal ifa… sejujurnya lagu ni memang susah utk dinyanyikan.. tapi ifa dah cuba yg terbaik..Ifa memang tak reti nak menyanyi sambil berdiri tegak .. Walaupun nyanyi lagu slow .. itu adalah gaya cara ifa perform .. takde niat nak tiru gaya artis2 lain.. itulah gaya ifa tersendiri 💃 . Pd pendapat ifa sesetengah penyanyi ada Suara & Aura tetapi tiada LUCK didlm industri ni utk bertahan lama.. Ada pulak penyanyi yg sederhana seperti ifa ni tapi masih lagi bertahan didlm industri sehingga harini.. dan diangkat sebagai Artis VERSATIL POPULAR selama 2 tahun berturut2 @abpbh_32 . Syukur Alhamdulillah .. ini dikatakan rezeki .. kita hanya merancang tapi Allah SWT yg menentukannya .. 🤲 Pd pendapat ifa .. kak shila memang layak ke Final GV6 smlm tetapi itu semua rezeki masing2.. ada peserta GV6 yg ifa rasa tak layak masuk ke final kalau nak diukur dr Segi Vokalnya & Persembahannya yg kaku akan tetapi itu sudah menjadi rezeki dia so semua itu kita tak boleh dipertikaikan lagi keputusan adalah Muktamad..👍 Tahniah ifa ucapkan kpd kesemua Finalis GV6 👏 . So jgnlah nak menyalahkan ifa hanya kerana kak shila tak dpt mara ke final.. kita ni org2 industri dah tau permainan ni .. dan kami redha dgn keputusan GV6 walaupun pedih utk diterima.. Adat bertandinglah.. ada yg menang ada yg kalah.. Tapi yg kalah tak semestinya diPersalahkan ataupun Mengalah!!. So ifa harap peminat2 kak shila paham dan mendoakan semoga kak shila terus sukses didlm kariernya .. 💪 . . Ifa percaya Allah SWT dah mengaturkan yg terbaik utk kita semua.. Semoga dipermudahkan urusan kita semua ..Aamin Ya Rabbal Alamin 🤲

A post shared by 👑 IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik kepada Ifa dan Noorshila, semoga terus mewarnai industri hiburan tanah air.

GV6 final ada bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah, Alam, Ahad depan di saluran Astro Ria dan Ria HD jam 9.00 malam.

Foto: Instagram Ifa Raziah

 

Sumber : MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Janganlah Nak Menyal4hkan Saya Hanya Kerana Kak Shila Tak Dapat Mara Ke Final,” – Ifa Raziah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*