“Kami akan beritahu jika ada berita gembira itu” – Nadzmi Adhwa lalui fasa bahagia, sudah sedia jadi bapa

PELAKON Nadzmi Adhwa mended4hkan dia melalui fasa bahagia sepanjang tiga bulan mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ardell Aryana.

Malah, Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 27, turut menyatakan hasratnya untuk menjadi bapa dalam masa terdekat.

“Kalau dah namanya pun berkahwin, mestilah kita mahukan anak. Saya sentiasa bersedia untuk jadi bapa jika dikurniakan cahaya mata.

Nadzmi akui bahagia disamping isteri Ardell Aryana.

“Saya sangat bersyukur kalau Allah beri rezeki cahaya mata dalam masa terdekat ini,” ujarnya kepada mStar.

Nadzmi ditemui pada sidang media Malam Gala Filem Busut Bonang yang berlangsung di MM2 Cineplexes, e-Curve Damansara, baru-baru ini.

Nadzmi merupakan salah seorang daripada barisan pelakon yang membintangi filem bergenre komedi seram Busut Bonang arahan Khalid Nadzri yang bakal ditayangkan di seluruh pagawam ketika ini.

Dalam pada itu, Nadzmi mengakui ada sahaja peminat yang tidak sabar menantikan berita gembira tentang kehadiran cahaya mata.

 

Berkenaan jantina, saya tak kisah bayi lelaki atau perempuan, yang penting sihat, soleh dan solehah.

NADZMI ADHWA

PELAKON

“Alhamdulillah, saya dan isteri happy… nak ikutkan ada saja peminat yang tanya.

“Kalau ada perkembangan atau berita gembira itu, pasti kami akan beritahu. Sejujurnya saya dan isteri tiada perancangan. Takut juga kalau cakap tak ada nanti Allah tak beri.

“Berkenaan jantina, saya tak kisah bayi lelaki atau perempuan, yang penting sihat, soleh dan solehah,” ujarnya.

Antara babak yang dilakonkan Nadzmi dalam filem Busut Bonang.

Dalam perkembangan lain, Nadzmi memberitahu dia dan isteri merancang untuk berbulan madu ke Turki seterusnya mengikuti misi kemanusiaan di Syria hujung Disember ini.

Nadzmi dan Ardell Aryana disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September lalu.

 

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Kami akan beritahu jika ada berita gembira itu” – Nadzmi Adhwa lalui fasa bahagia, sudah sedia jadi bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*