“Tuhan Tarik Satu, Tuhan Bagi Satu,”- Naqiu Cerita Pengalaman Indah Duet Sama Azmi Caliph Busker

“Tuhan tarik satu, Tuhan bagi satu.” Itu kata yang terluah dari finalis Gegar Vaganza musim keenam (GV60, Naqiu yang menyifatkan pasangan duetnya pada saingan separuh akhir semalam, Azmi Saat sebagai seorang penyanyi hebat.

Malah, dia turut akui rakan duetnya menerusi lagu Hanya Namamu itu sebagai penyanyi yang mempunyai kemampuan menjiwai sesebuah lagu dengan baik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lejen kembali berontak dalam duet! Siapakah yang bakal merampas takhta Juara Mingguan dan layak ke Final? Nantikan malam ini, jam 9 malam di Astro Ria HD & Astro Go! #GegarVaganza2019

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on

“Saya akui dia menyanyi memang sangat bagus. Malah saya yang menyanyi di sebelahnya pun rasa seb4k dengan ‘feel’ yang diberikan. Saya seorang yang pentingkan ‘feel’ dalam lagu akan tetapi dia punya ‘feel’ itu lagi ‘dalam’.

“Apa yang juri beritahu pun saya akui, ibarat langit dengan bumi sebenarnya. Kalau dengar susunan lagu tersebut sebelum ini, ia nampak sangat saya ni tertinggal agak jauh. Jadi sebab itulah susunan kena tukar. Nampak seperti bukan saya yang bertanding.

“Suara saya lebih kepada rock, jadi Datuk Ramli cadangkan suntik elemen Rock. Apa pun, saya akui memang Azmi memang terbaik. Saya puas hati juga sebab ini persembahan yang paling baik berbanding latihan sebelum ini,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, bintang berusia 33 tahun ini juga tidak menafikan dia dan Azmi mempunyai persamaan dan tidak menolak andai selepas ini ada projek lain yang mahu menggandingkan keduanya.

“Sebenarnya dia ada beritahu, takut untuk berduet dengan saya. Saya tanya kenapa kerana sepatutnya saya yang rasa takut kerana bakal nyanyikan lagunya.

“Kemudian dia beritahu sudah pun mengikuti perkembangan saya sepanjang GV6. Kalau ada isi masa bersembang untuk cari keserasian dan rupanya kami miliki banyak persamaan. Manalah tahu selepas ini ada kerjasama lain, InsyaAllah,” jelas Naqiu lagi.

Sementara itu menerusi segmen solo, bintang berkenaan menyampaikan lagu Inggeris, Always yang dipopularkan oleh Bon Jovi.

 

Sumber : MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Tuhan Tarik Satu, Tuhan Bagi Satu,”- Naqiu Cerita Pengalaman Indah Duet Sama Azmi Caliph Busker"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*