Wann, Noorshila Amin tersingkir- GV6

SHAH ALAM: Impian dua penyanyi era 1980-an, Wann dan Noorshila Amin untuk mara ke pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) musnah apabila ters1ngkir pada peringkat separuh akhir program realiti itu, malam tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nervous pulak nak tunggu segmen Ada Lagu Ada Lagi ni. Siapa lah yang akan tersingkir malam ni eh? #GegarVaganza2019

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on

Pada pentas akhir GV6 minggu depan, enam peserta bakal bert4rung iaitu Naqiu, Hady Mirza, Jatt, Sham Visa, Nur Fatima dan One Nation Emcees.

Bertemakan ‘Road To Final’, pentas separuh akhir GV6 menyaksikan Wann mendendangkan dua lagu iaitu Ku Gembira Di Sampingmu dan Dua Insan yang dipersembahkan bersama Zarul Umbrella.

Noorshila pula berpadu suara dengan Ifa Raziah mendendangkan lagu Dialah Di Hati dan Kerna Terpaksa secara solo.

Semua peserta diadili juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk M Nasir.

Program realiti nyanyian dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini.

Juara GV6 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi manakala naib juara menerima ganjaran RM50,000.

Sumber : BH Online

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Wann, Noorshila Amin tersingkir- GV6"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*