4 Artis Popular Hilangkan Diri Dari Dunia Hiburan Malaysia (Kisah Terbaru Mereka)

Bukan semua orang suka kehidupan yang penuh glamer dan dikenali. Mungkin ini alasan mengapa artis-artis Malaysia ini bertindak menghilangkan diri tanpa sebarang berita.

Apa yang menarik, ada di kalangan mereka ini tidak mempunyai akaun media sosial dan kisah mereka menjadi tanda tanya beberapa pihak. 

Sedikit info dari video  :

Anita Sarawak 

Anita Sarawak yang dilahirkan pada 23 Mac 1952 merupakan penghibur terkemuka di Malaysia dan pernah terpilih sebagai ‘Dewi Utama’ (The Top Diva) di Asia.

Kali terakhir Anita muncul membuat persembahan adalah ketika Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sham Alam pada 6 April 2011.

Kemudiannya, beliau berangkat ke Las Vegas bersama suami dan dikatakan berpindah ke sana sebelum menghilang tanpa berita.

Malique 

Malique Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Malique atau The General merupakan salah seorang ahli kumpulan Hip Hop Too Phat yang pernah popular pada tahun 90-an.

Sejak kumpulan Too Phat dibubarkan pada tahun 2007, Malique mula tidak muncul di mana-mana media cetak dan elektronik dan lebih selesa di belakang tabir.

Pierre Andre 

Pierre Andre yang dilahirkan pada 17 Mac 1985 merupakan seorang pelakon, pengarah dan penulis serta anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan.  

Pierre Andre banyak membintangi serta mengarah filem dan drama dan pernah memenangi Anugerah Yasmin Ahmad ketika Anugerah Skrin 2012. 

Kecoh! Primadona Kena Hantu yang ditayangkan pada 13 Oktober 2016 merupakan filem komedi seram Malaysia terakhir arahan Pierre Andre sebelum berhenti aktif dalam industri seni Malaysia. 

Juliana Banos

Juliana Banos merupakan pelakon dan penyanyi Malaysia berdarah kacukan Melayu, Perancis dan Sepanyol

Beliau dilahirkan pada 26 Mac 1979 (40 tahun) di Jerantut, Pahang dan kini berusia 40 tahun 

Selain menyanyi, beliau juga membintangi dalam beberapa filem yang popular ketika itu antaranya Gerak Khas The Movie, MX3, Gila-Gila Pengantin dan Gila-Gila Pengantin Remaja.

Juliana Banos kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan Mokhtar Ahmad yang merupakan pengarah urusan untuk syarikat autom4tif Mutiara Motors pada 16 Disember 2005.

Sejak itu, Juliana Banos mula menyepi dari industri hiburan Malaysia dan filem terakhir lakonan beliau ketika itu adalah Pontianak Menjerit sebagai Julia.

Sebenarnya ada ramai lagi yang menghilang tetapi mereka mula membuat “comeback” dan mahu aktif kembali dalam dunia hiburan. 

Contohnya seperti Waheeda yang telah kembali selepas 10 tahun menghilang dan kini hanya ingin menjadi produser untuk menerbitkan lagu-lagu nyanyian untuk suaminya Akil Hayy. 

Siapa tahu, mungkin ramai yang nak tengok kemunculan artis-artis ini semula terutama Malique dan Anita Sarawak tetapi nak buat macam mana kerana ini adalah pilihan mereka sendiri.

Walau di mana mereka berada, kita doakan mereka sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga.

 

Apa komen korang?

Sumber : missviraltv

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "4 Artis Popular Hilangkan Diri Dari Dunia Hiburan Malaysia (Kisah Terbaru Mereka)"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*