Bapa larang Osama sertai program realiti

KUALA LUMPUR: Dilahirkan sebagai anak kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, Osama Yamani, tidak melihat kedudukan itu memberi keistimewaan untuk dia meraih laluan ekspres mencipta populariti.

Osama, 18, berkata antara cabaran terbesar adalah untuk membuktikan dia mempunyai bakat tersendiri tanpa perlu bersandar pada nama bapanya.

Akui Osama, meskipun mempunyai banyak ruang untuk memperkenalkan bakatnya, termasuk menyertai program realiti, hasrat itu terpaksa dibatalkan kerana bapanya tidak merestui.

“Bapa meneg4h saya menyertai program realiti kerana tidak mahu orang pertikai penyertaan saya. Andai kata saya menang, tentu ada yang kata, dia anak Jamal mesti boleh menang. Bapa cuba elakkan semua itu.

“Dahulu, saya pernah berhasrat menyertai Ceria Pop Star. Apabila bapa dapat tahu, dia terus bercakap, jangan merepek. Saya tahu dia tidak suka dan mempunyai ada alasan tersendiri mengapa tidak membenarkan saya menyertai program realiti. Jadi, saya terus membatalkan hasrat,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam jumaat Semua..!! Alhamdullilah settle semalam shooting dgn Orang ii Hebat kite ni @babyshimaofficial dn @syafiqfarhain …!!! Satg kome tunggu aku post video Bikin Kome Pecah kepala …!!! 🤣🤣 #osamayamani #BungaSeroja #Syafiqfarhain #babyshima #purapurabujang #sakithati

A post shared by (O.Y) DATO JAMAL ABDILLAH SON (@osamayamani_) on

Osama berkata, bapanya juga mahu dia berusaha sendiri mencari ilmu dan memperbaiki kekurangan sebagai penyanyi, namun sering berpesan supaya tidak lupa diri.

“Dia turut menasihatkan saya supaya turunkan berat badan. Bukan untuk mengejar glamor atau hendak jual rupa, tetapi bapa kata, apabila ada pakej, lebih senang peminat nak terima.

“Bapa juga selalu berpesan supaya saya melakukan sesuatu yang dapat membanggakannya. Alhamdulillah, bapa pernah memberitahu, dia bangga berduet dengan saya dalam beberapa konsert sebelum ini, seperti Konsert Duo Lagenda, tahun lalu,” katanya.

Osama yang kini menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam pengkhususan gitar moden bernaung bernaung di bawah syarikat rakaman, MVM Music, sejak Julai lalu. Single pertamanya, Bunga Seroja akan menemui peminat, tahun depan.

“Saya masuk bidang ini bukan untuk bersaing dengan sesiapa, sebaliknya hanya ingin menyambung legasi Jamal Abdullah. Saya mahu ketengahkan bakat dan bersaing secara sihat.

“Biarlah saya tidak popular atau tidak mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial kerana bagi saya, semua itu hanya sementara. Saya mahu peminat nampak kualiti dan bakat yang ada pada saya. Itu sahaja,” katanya.

Mengenai bapanya, Osama berkata, Jamal seorang yang serius dan tegas, serta tidak banyak cakap. Akuinya, disebabkan tidak banyak masa bersama ketika dia membesar, hubungan mereka dahulu tidak begitu akrab.

“Saya mula tinggal dengan bapa ketika Darjah Empat. Namun, apabila masuk ke sekolah menengah, saya tinggal di asrama pula. Hanya sesekali kami berjumpa, jadi hubungan kami tidak rapat.

“Memang dahulu saya agak k4ku dan kek0k hingga tidak tahu apa yang hendak dibualkan. Selepas saya tamat sekolah, hubungan kami kembali rapat. Bapa juga semakin kerap ajak saya duduk bersembang.

“Sejak menyambung pengajian di ASWARA, bapa selalu menghantar mesej dan telefon untuk bertanya khabar. Hujung minggu saya akan pulang ke rumahnya di Shah Alam. Saya bagaimanapun, bersyukur kerana semua pengalaman itu menjadikan saya berdikari,” katanya.

 

Sumber : BH Online

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Bapa larang Osama sertai program realiti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*