Hubungan dingin Noorshila Amin dengan abang pulih selepas 20 tahun – “Majlis kebvmi ahli keluarga pun kami berpaling”

PENYANYI Noorshila Amin mended4hkan hubungan dingin antara dia dengan abang kandungnya akhirnya pulih selepas 20 tahun berm4sam muka.

Noorshila, 55, berkata, apa yang berlaku menjadi pengajaran berharga buat dirinya agar lebih menghargai hubungan adik-beradik.

 “Saya sudah maklum bahawa video pended4han mengenai isu keluarga keluarga akan ditayangkan sebelum saya membuat persembahan tadi, namun saya cuba untuk tidak mendengar apa-apa bagi mengelakkan persembahan terganggu.

Hubungan Noorshila Amin dan abang kandung kembali terjalin Aidilfitri lalu.

“Saya sebenarnya dah beri pengajaran supaya kita lebih menghargai hubungan sesama adik-beradik. 

“Bayangkan saya dan abang sudah bers3ngketa kira-kira 20 tahun, ketika bersel1sih semasa majlis pengebvmian ahli keluarga pun kami saling berpaling. Namun semuanya berakhir pada Aidilfitri baru-baru ini apabila kami saling bermaafan dan melupakan sengk3ta yang berlaku,” kata Norshila kepada mstar.

Noorshila menjelaskan perkara itu selepas sebuah video mengenai situasi kr1sis keluarganya ditayangkan sebelum membuat persembahan di pentas separuh akhir program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada malam Ahad.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kad Ucapanmu ini mengakui sikap dan eg0 yang tinggi menjadi punca hubungan dengan abang kandung menjadi rengg4ng.

“Dulu saya rasa amat hebat, kaya dan mempunyai segala-galanya. Sampaikan saya pernah berfikir mempunyai kehidupan yang sempurna sehingga tidak memerlukan saudara kandung sendiri, namun akhirnya saya sedar jauh dalam sudut hati saya amat merindui mereka.

“Bayangkan persengk3taan selama 20 tahun boleh berakhir dalam sekelip mata apabila kami saling berpelvkan, bagaimanapun saya tidak mahu mended4hkan punca semua ini berlaku. Biarlah ia sekadar menjadi pengajaran kepada kita semua,” katanya.

 

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Hubungan dingin Noorshila Amin dengan abang pulih selepas 20 tahun – “Majlis kebvmi ahli keluarga pun kami berpaling”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*